Khamis, 4 Julai 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/PERJALANAN DAN PERSINGGAHAN



Kehidupan adalah satu perjalanan  menuju ketempat
kediaman  yang kekal abadi.  Sebelum  tiba
ke destinasi pasti  akan ada persinggahan sementara
yang merupakan ujian kepada setiap insan.

Di setiap persinggahan pasti ada  cabaran  dan kenangan
yang sukar untuk  kita lupakan. 

Di setiap persinggahan pasti ada tanggungjawab 
yang perlu diselesaikan sebelum meneruskan perjalanan.

Tertunai atau  tidaknya tanggungjawab adalah  dalam
penilaian  TUHAN. 

Kita tidak dapat berhenti selagi masih bernyawa.
Kita  akan diuji selagi kita bernama manusia. 

Harap  dimaafkan jika  ada kekurangan.
Harap  dimaafkan jika ada ketelanjuran.
Harap  dihalalkan jika ada terminum  termakan.

Diri  ini masih terlalu lemah  dalam mengurus,
Terlalu sedikit ilmu dalam mentadbir,
Masih  bertatih untuk menuju arah menjadi 
insan yang lebih baik.

Meskipun singkat masa yang diberi,
Namun kita  telah saling mengenal  hati budi.

Selamat tinggal semua penghuni SKS.  Kalian tetap
di hati. 
Semoga ukhwah akan berpanjangan.
Insyaallah. 



























Tiada ulasan:

Catat Ulasan