Perasaanku hingga hari ini masih tidak keruan.
Dari sebuah sekolah kecil yang berjumlah 436
orang murid, aku ditukarkan ke sebuah sekolah besar yang
muridnya. menjangkau 1055 orang.
Subhanallah. Dia yang maha mengetahui akan rahsia disebalik
Ujian besar ini. Kemampuanku amat terbatas. Jika diberi
ruang ingin aku menolak pertukaran ini.
Siapalah aku dalam situasi begini. Terasa akan kerdilnya diri
Hendak menyuarakan pandangan pun aku tidak mampu.
Apatah lagi hendak engkar pada perintah yang telah diberikan.
Ternyata pandangan manusia adalah amat berbeza.
Banyak ucapan tahniah yang dihulurkan. Sukar untuk aku
menerimanya kerana aku belum bersedia.
Setulus hati ingin ku nyatakan , aku bukan jenis mengejar
glamour. Sekolah baru ini sebenarnya belum layak bagiku
sebagai seorang guru besar baru.
Rasanya ada ramai guru besar hebat yang sepatutnya duduk di
kerusi yang kududuki sekarang.
Dalam minda ini aku sering membayangkan bagaimana aku akan
mengekalkan kejayaan sekolah yang ada dan bagaiamana aku
akan menjawab soalan tuhan tentang tanggungjawap yang
semakin besar ini.
Kepada rakan pembaca yang mengenaliku, doakan kejayaanku
dalam mengharungi liku hidup sebagai seorang guru besar di
sebuah sekolah yang juga besar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan