Jumaat, 26 Julai 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ BEREHAT

Allah yang memberi keizinan atas segala tindakan kita.
Allah  yang memberi kemudahan  atas segala impian kita.
Allah  yang memberi segala-galanya kepada kita.
Hinggakan ingin menulis sebaris ayatpun adalah satu
pemberian daripadanya.

Meskipun dalam kotak minda ini  berderetan  cerita yang
ingin  kutuliskan tentang anak-anak istimewa, namun setiap
kali tulisan kumulakan,  tidak ada penyudahnya.

Hati  dan perasaan  dibelengu keresahan yang tidak aku
ketahui asal usulnya.  Kesimpulan yang dapatku buat, Allah
ingin aku berehat seketika daripada menulis tentang anak-anak
istimewa.

Semoga pada hari yang mendatang semua cerita tentang anak
Istimewa yang berada dalam drafku dapat ku siapkan untuk
dibaca bersama. Insyaallah.




O. Gambar waktu pagi 13 Ramadhan 

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ MINGGU PANITIA AGAMA ISLAM 2013

Majlis pelancaran Minggu Panitia Agama Islam SKDDH 2013



















Jumaat, 19 Julai 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ UJIAN

Ujian  baru yang Allah beri kali ini adalah lebih mencabar.
Perasaanku  hingga hari ini  masih tidak keruan. 
Dari sebuah sekolah kecil yang berjumlah  436 
orang murid, aku ditukarkan ke sebuah sekolah besar yang 
muridnya. menjangkau 1055 orang.

Subhanallah. Dia yang maha mengetahui akan rahsia disebalik
Ujian besar ini.  Kemampuanku amat terbatas. Jika diberi
ruang ingin aku menolak pertukaran ini. 

Siapalah aku dalam situasi begini. Terasa akan kerdilnya diri
Hendak menyuarakan pandangan pun aku tidak mampu. 
Apatah lagi hendak engkar pada perintah yang telah diberikan.

Ternyata  pandangan manusia adalah amat berbeza. 
Banyak ucapan tahniah yang dihulurkan. Sukar untuk aku 
menerimanya kerana aku belum bersedia.

 Setulus hati  ingin ku nyatakan , aku bukan  jenis mengejar
glamour. Sekolah baru ini sebenarnya belum layak bagiku
sebagai seorang guru besar baru.

Rasanya ada ramai guru besar hebat yang sepatutnya duduk di
kerusi yang kududuki sekarang.

Dalam minda ini aku sering membayangkan  bagaimana aku akan
mengekalkan kejayaan sekolah yang ada dan bagaiamana aku
akan menjawab soalan tuhan tentang tanggungjawap yang
semakin besar ini.  

Kepada  rakan pembaca yang mengenaliku, doakan kejayaanku
dalam mengharungi liku hidup sebagai seorang guru besar di
sebuah sekolah yang juga besar.





Khamis, 18 Julai 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ LINUS

Penyeliaan dan bimbingan berfokus program LINUS

Terimakasih kepada semua fasi LINUS yang sudi membantu.