Rabu, 23 Mei 2012

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ TERIMA KASIH

Terima  kasih TUHAN,
Pagi ini  aku  diizinkan untuk bernafas lagi,
Bagi meniti  hari-hari  mendatang,
Yang sukar  untuk  kuramalkan.

Terima  kasih TUHAN,
Limpahan  rahmatmu masih kau hulurkan,
Meskipun  aku kerap melupaimu,

Terima kasih  TUHAN,
Kau sudi menyambut  kasihku,
Meskipun ada ketikanya aku tidak  setia  dengan janjiku.

Terima kasih  TUHAN,
Terlalu banyak  nikmat ,
Yang  telah kau kurniakan ,
Meskipun ianya  satu  pinjaman,
Yang bukan kaupinta balasan,

Namun...  sebagai hamba,
Aku malu....padamu TUHAN
Kerana...
Aku  selalu lupa ,
Satu  hari  nafas  ini akan berhenti  juga.....

24  MEI 2012 .....terlalu  banyak  sejarah  suka  duka dalam kehidupan ini  sebagai  guru Pendidikan  Khas

Selasa, 22 Mei 2012

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ HORMAT

Mematuhi apa juga keputusan  yang  telah  dibuat  melalui   sesebuah perbincangan
adalah  amat  penting  sebagai satu tanda hormat antara rakan setugas.

Peringatan  kepada  diri  sendiri....insan  yang lemah

Isnin, 21 Mei 2012

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/TAHNIAH



Tahniah  kepada  barisan  guru SK  Semabok  yang terlibat
secara  langsung  dan tidak langsung melatih murid  pasukan
bola jaring yang telah  berjaya  menjadi johan bola jaring
Zon Ayer Keroh 2012.

TANPA  KEMUDAHAN PADANG MEREKA DIBAWA
KEPUNCAK KEJAYAAN. HENDAK  SERIBU DAYA...
TERUSKAN USAHA.

Sabtu, 19 Mei 2012

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ BAHAGIA


Tidak   ada  yang  lebih  membahagiakan  seorang  pemimpin    di sebuah sekolah  selain  daripada  mendapat  sokongan  dan  kerjasama  yang amat padu dikalangan orang yang dipimpinnya.











Jumaat, 18 Mei 2012

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ SELAMAT HARI GURU


Bingkisan sms  dari  seorang  rakan guru  sempena hari guru.

Adakala  kita  dicaci,
Adakala  kita  dimusuhi,
Adakala  kita  dimarahi,
Adakala  kita  tidak dihargai,
Tapi...
Kita tetap tersenyum pilu,
Kita  tetap  mara  melangkah,
Kita  tetap  sabar  dan tekun,
Kita  tetap  jitu  dan ikhlas.

Ada sesuatu  yang tersirat  di sebalik  yang tersurat
Selamat Hari  Guru... daripada  seorang guru  kepada  guru-guru.



Khamis, 10 Mei 2012

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ JAWAPAN

Di tempat   baru ternyata  memberi  ruang  yang  amat  sempit
buatku  menulis.  Tiada  keizinan dariNYA untukku mencurahkan
isi  hati.   Apa  yang  aku  fikirkan dalam  minda  terlalu  sukar
untuk  kulahirkan  dalam  bait-bait  ayat  yang  boleh  memanfaatkan
semua    yang  terlibat  dengan insan  istimewa.

Mungkin  apabila  berjauhan  dengan  situasi  sebenar  telah
menyekatku  untuk  menghayati alam  anak-anak   ini.
Jika  dahulu,  awal  pagi  meskipun  dari  jauh, namun telatah  mereka
amat  menghiburkan.  Kini  segalanya  telah tiada. Allah  yang
lebih  tahu  akan kerinduan  ini.  19  tahun  bersama  mereka
bukanlah  satu  jarak  masa  yang  singkat.

Kepayahan  dalam  menjalani  tugas  sebagai  guru  pendidikan
khas  begitu  membawa makna  yang  besar  dalam  kehidupanku
sebagai  seorang  pendidik.  Makna  kesabaran, ketabahan,  kesedihan,
kegembiraan  dan kepuasan  dalam  melayani kerenah  mereka
tidak  akan  terlupakan.




Jika  hari  ini  ada rakan-rakan  yang  bertanya kepadaku  akan jawatan
yang  aku  pegang  sekarang.  Aku   malu  untuk  menjawabnya. Dan  lebih
mendukacitakan bila  ditanya kabel apakah  yang  aku  guna  untuk  berada
di jawatan  ini.  Aku  lebih  terpaku  dan jawapan  yang  aku  ada  hanyalah
ketentuan  Allah  kerana aku  sedar bahawa aku hanya menjadi pendidik
kepada  insan  bergelar  istimewa.



 




Rabu, 9 Mei 2012

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ ISTIMEWA










Berilah   yang  terbaik kepada  insan istimewa. Pasti  Allah  akan
menganugerahkan  yang  terbaik  untuk  kita  semua.