Khamis, 10 Mei 2012

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ JAWAPAN

Di tempat   baru ternyata  memberi  ruang  yang  amat  sempit
buatku  menulis.  Tiada  keizinan dariNYA untukku mencurahkan
isi  hati.   Apa  yang  aku  fikirkan dalam  minda  terlalu  sukar
untuk  kulahirkan  dalam  bait-bait  ayat  yang  boleh  memanfaatkan
semua    yang  terlibat  dengan insan  istimewa.

Mungkin  apabila  berjauhan  dengan  situasi  sebenar  telah
menyekatku  untuk  menghayati alam  anak-anak   ini.
Jika  dahulu,  awal  pagi  meskipun  dari  jauh, namun telatah  mereka
amat  menghiburkan.  Kini  segalanya  telah tiada. Allah  yang
lebih  tahu  akan kerinduan  ini.  19  tahun  bersama  mereka
bukanlah  satu  jarak  masa  yang  singkat.

Kepayahan  dalam  menjalani  tugas  sebagai  guru  pendidikan
khas  begitu  membawa makna  yang  besar  dalam  kehidupanku
sebagai  seorang  pendidik.  Makna  kesabaran, ketabahan,  kesedihan,
kegembiraan  dan kepuasan  dalam  melayani kerenah  mereka
tidak  akan  terlupakan.




Jika  hari  ini  ada rakan-rakan  yang  bertanya kepadaku  akan jawatan
yang  aku  pegang  sekarang.  Aku   malu  untuk  menjawabnya. Dan  lebih
mendukacitakan bila  ditanya kabel apakah  yang  aku  guna  untuk  berada
di jawatan  ini.  Aku  lebih  terpaku  dan jawapan  yang  aku  ada  hanyalah
ketentuan  Allah  kerana aku  sedar bahawa aku hanya menjadi pendidik
kepada  insan  bergelar  istimewa.



 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan