Menjadi orang yang diraikan dimajlis Hari Keluarga PPKI (SKUP) yang ke 15 menarik hatiku. Kali ini kulihat sambutan Hari Keluarga SKUP lebih meriah daripada tahun lepas.
Duduk berbual dengan cikgu Ahmad Yunus (penyelaras ) tentang hari keluarga, baru terperasan setelah dikira-kira 2011 adalah kali ke 15 Hari Keluarga ini diadakan di SKUP.
Sepanjang ingatanku kali pertama diadakan ialah di ILHAM Resort Port Dickson iaitu sekitar tahun 1997.
Muga usaha ini akan berterusan dan sentuhan tangan ibubapa serta sumbangan yang diberikan dalam menjayakan majlis ini amat memberi makna besar kepada Program Pendidikan Khas serta penghuninya.
Program ini dapat membina satu ikatan yang erat anatara guru-guru serta ibubapa bagi membantu memajukan Program Pendidikan Khas ke arah yang lebih bermakna.
Semuga semua Program Pendidikan Khas akan mengadakan majlis serupa di sekolah masing-masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan