Selasa, 21 Julai 2015

Ahad, 19 Julai 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ PUISI UNTUK EMAK

Bismillahirrahmanirrahim
Emak...
Tatkala melihat dirimu yang  semakin uzur,
Hatiku digamit untuk menukilkan sesuatu,
Buat santapan mata dan  hati
Semua zuriat keturunanmu.
Emak...
Melihatkan kejayaan anak-anak mu
Boleh dibayangkan betapa hebatnya dirimu,
Menjadi guru kepada 11 orang cahayamata,
Tanpa dirimu sendiri tahu menulis dan membaca,
Allahuakhbar. Allah Maha Besar.
Semua anak-anak emak  telah berjaya,
Dunia dan semoga  akhiratnya.
Berkat didikanmu hanya  seorang guru mengaji.
Emak...
Hati ini  sering dijentik kesedihan
Mengenangkan kembali ,
Kesempitan hidup yang pernah emak  lalui,
Ranjau halangan yang tidak pernah berhenti,
Doamu yang tidak pernah bersempadan
Dalam membesarkan kami,
Semoga Allah membalasi syurga buat  emak.
Emak,
Masihku ingat.
Tatkala azan bergema dinihari,
Tangan dan mulutmu tak pernah berhenti.
Mengetuk pintu  bilik  dan meleteri
Menggesa anak menantu segera menunaikan seruan Ilahi
Masa itu memang kami  marah.
Lena  dan mimpi  kami diganggu.
Namum emak..
KIni baru kami merasakan , asbab leteranmu,
Membawa banyak kejayaan dalam kehidupan keluarga kami,
Telah lahir dari rumah-rumah kami,
Hafiz hafizah, daie,  daieyah, ustaz ustazah juga pemegang ijazah.
Tidak ternilai syukur dihati kami
Kerana Allah menjadikan emak, emak kepada kami.
Banyak yang kami pelajari dari emak.
Tentang urusan dunia dan akhirat,
Tentang pentingnya ibadah,
Tentang pentingnya usaha, doa dan tawakkal,
Tentang pentingnya satu hati dalam keluarga,
Tentang  pentingnya sifat adil pada anak-anak,
Tentang ketulusan hati,
Tentang sifat rendah diri,
Tentang pentingnya memaafkan orang ,
Tentang  tanggungjawab anak-anak pada ibubapa dan mertua,
Tentang banyak lagi,
Bukan melalui kuliah,
Namun....melalui perlakuan.
Emak...
Masih kuingat.
Dalam sukarnya kehidupan emak,
Tidak pernah emak terlupakan cucu -cucu,
Apabila menjelang raya.
Sekayu kain sama warna emak belikan
Minta dijahitkan untuk semua cucu-cucu emak,
Pakaian  sama dipagi raya.
Subhanallah. Maha suci Allah.
Emak sentiasa jadi suri  tauladan bagi kami..
Emak idola kami,
Emak sentiasa dihati kami.
Doakan kami emak
Halalkan segala makan minum kami,
Maafkan kami,
Tanpa emak siapalah kami,
Kerana di telapak kaki emak,
Terletaknya syurga kami.

1 Syawal 1436 H
Teratak kasih abah.
Padang Temu. Melaka.

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ RISAU

Alhamdulillah. Diizinkan Allah menulis.

Kita semua kini sering dilanda kerisauan
tentang masalah  dunia yang tidak pernah selesai.

Bila dikenang kembali terasa ruginya kita
kerana meletakkan kerisauan yang berpanjangan
kepada dunia  sementara dan melupakan kerisauan
 akhirat yang kekal abadi.

Muhasabah untuk kita bersama.



Rabu, 15 Julai 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/KEMBARA


PROGRAM SUMBANGAN SEMPENA HARI RAYA
DAN KEMBARA GURU PENYAYANG.

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA GURU-GURU
YANG TERLIBAT. 











Selasa, 14 Julai 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/PROGRAM

Penyampaian hadiah untuk Program Ihya Ramadhan ;
Daie muda

Tahniah kepada Panitia Agama Islam yang menganjurkannya.
Tahniah kepada murid-murid yang berjaya,












BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ MAJLIS

Alhamdulillah. Diizinkan aku menulis sesuatu.

Majlis khatam Al-Quran
Forum Sempena berakhir Ramadhan dan kehadiran Syawal.
Bersalam-salaman sempena Hari Raya Aidil Fitri.

Album kenangan

























BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ KEMATIAN

Alhamdulillah. Diizinkan aku menulis sesuatu.

Hari ini aku menerima berita kematian seorang
sahabat lama. Asbab  diserang penyakit kanser.

Masih terbayang akan wajahnya.
Sentiasa tersenyum. Ceria dan ramah mesra.

Ingatan untuk diri sendiri.

Allah menjemput tidak mengira usia. Yang akan
kita bawa hanya amalan semasa masih lagi bernyawa.
Usahakanlah untuk terus beramal tanpa mengenal jemu
dan lelah kerana kita akan menyusul juga bila tiba masa.

Kamar GB SKDDH. Bukit Katil. Melaka.


Sabtu, 11 Julai 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ HAKIKATNYA

Alhamdulillah. Diizinkan aku menulis sesuatu.

Hakikatnya kita semua adalah pelakon
dipentas dunia  yang sementara ini.

 Justeru,  pilihlah watak yang  terbaik untuk
dilakonkan agar trofi yang bakal dijulang
membawa bahagia  di kehidupan yang kekal abadi.

Selamat beramal diakhir Ramadhan.

25 Ramadhan 1436 Hijrah.
Teratak kecil  Bukit Katil Melaka.