Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang.
Kata-kata hikmah:
Apabila manusia sentiasa hidup dalam kesusahan mereka
menjadi orang yang berharap pada Allah.
namun...
Apabila manusia sentiasa hidup dalam kemewahan mereka
menjadi orang yang berharap pada manusia.
Rabu, 29 April 2015
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ KOMUNIKASI
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Kata bijak pandai:
Komunikasi bukan untuk difahami
tetapi
untuk tidak disalah fahami
PADAMU KUBERSERAH
Kata bijak pandai:
Komunikasi bukan untuk difahami
tetapi
untuk tidak disalah fahami
PADAMU KUBERSERAH
Jumaat, 24 April 2015
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ UJIAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayng,
Cerita seorang rakan pada petang ini membuatkan aku makin yakin
dengan janji Allah.
Setiap hamba akan diuji. Ujian sebagai meningkatkan keimanan.
Kenikmatan yang dikecapi selepas lulus ujian tidak dapat dicatatkan
melalui penulisan. Hanya orang yang melaluinya dapat merasakan.
Subhanallah.

Rabu, 22 April 2015
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/SABARLAH...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Renungan bersama:
Adakalanya kita hilang pertimbangan.
Kesabaran yang tercabar menghasilkan tindakan luar jangkaan.
Sabarlah wahai guru-guru.
Ujian untuk kita semua.
Mintalah bantuan Allah agar dipermudahkan semua.
PADAMU KUBERSERAH.

Jumaat, 17 April 2015
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ BELUM SEMPURNA
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Menghitung segala kelemahan diri menerbitkan kesedihan.
Semakin terasa diri ini belum sempurna.
Sebagai isteri.
Sebagai ibu.
Sebagai anak.
Sebagai guru.
Sebagai ketua.
Dan....
Sebagai Hamba Allah.

Selasa, 14 April 2015
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ KISAH SIIBU
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Pagi tadi: Kisah seorang ibu:
Datang ke pejabatku dengan marah-marah sebab anaknya dicubit oleh
guru.
Setelah memohon maaf kepada ibu itu bagi pihak rakanku aku
memberi sedikit tazkirah percuma dipagi Selasa :
"Saya anak orang miskin puan. Arwah ayah saya nelayan dan saya
ada 11 orang adik beradik. Arwah ayah saya ingin melihat saya berjaya.
Apabila saya masuk Tahun 1, dia serahkan saya kepada guru saya
dan berkata:
Cikgu, saya serah anak saya pada cikgu. Buatlah apa sahaja
asal dia pandai dan pukullah asal jangan dia patah.
Berkat cubitan guru, berkat rotanan guru, berkat kemarahan guru
saya sekarang bergelar Guru Besar. Berkat kasih sayang guru saya
berjaya. Kasih sayang bukan belaian dan kemanjaan tetapi sebaliknya.
Dan puan, Isnin minggu lepas, saya telah bersama-sama memandikan jenazah
bekas guru yang pernah memarahi saya dan menjadikan saya orang berjaya".
Tiba-tiba airmata ibu itu berlinangan dan dia berkata:
"Terima kasih puan, saya tidak pernah dinasihati begini."
PADAMU KU BERSERAH

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ MARAH
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Hari ini terasa diuji apabila dihujani dengan kemarahan orang lain.
Apa yang boleh kukatakan kepada yang memarahi:
"Orang yang marah akan dibakar oleh API kemarahannya sendiri".
"Hari ini anak encik belajar satu perkara daripada encik iaitu
satu hari nanti dia boleh cakap apa sahaja pada orang lain
apabila dia sedang marah".
Puas kusiram diri dengan selawat agar tidak terbakar sama.
PADAMU KU BERSERAH
Rabu, 8 April 2015
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ MAAFKAN SAHAJA
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Menuliskan kembali nasihat seseorang kepadaku:
"Sikap manusia sukar untuk kita ramal. Adakalanya mulut manis
hanya di hadapan. Di belakang kita bicaranya jauh berbeza.
Kita juga adakalanya serupa.
Hati akan jadi lebih tenang jika sentiasa bersangka baik,
mendoakan kabaikan untuknya dan MAAFKAN SAHAJA.

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ SABAR YANG INDAH
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Semakin banyak kisah suka duka yang kulalui di sini. Semakin banyak
yang kupelajari tentang lakunan manusia dalam kehidupann dunia.
Pun begitu , perkara paling besar yang kupelajari disini ialah:
Sabar itulah yang paling indah.
Padamu KuBerserah.

Isnin, 6 April 2015
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ YANG BAIK-BAIK
Bismillahirrahmanirrahim.
Berkatalah yang baik-baik. Tulislah yang baik-baik.
Sentiasalah bersangka baik kepada manusia juga yang MENCIPTA.
Bila berkata-kata yang baik hasilnya juga baik.
Bila menulis yang baik permbaca juga jadi baik.
Bila sentiasa bersangka baik kehidupan akan jadi lebih baik.
Bila memberi yang baik akan dapat kembali yang baik.
Setiap perkara baik akan membuahkan hasil yang baik.
Insya Allah.
PADAMU KU BERSERAH....

Jumaat, 3 April 2015
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ SEPI
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis sesuatu.
BLOG ini kutinggalkan sepi agak lama.
Terasa kerdilnya .Terasa lemahnya.
Cerita kehidupan telalu banyak yang telah berlalu
begitu sahaja tanpa lakaran.
Yang baru kuterbitkan beberapa minit sebelum ini
juga adalah yang telah lama tersimpan di dalam draft.
DIA menguasai segalanya.
Kesimpulannya kembalilah memohon kepadaNYA
kerana kita memang tidak boleh berbuat apa-apa jika.....
TIDAK DENGAN KEIZINANNYA.
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ PUISI
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis sesuatu.
PUISI MUHASABAH DIRI
PUISI MUHASABAH DIRI
Sedarlah wahai diri,
dikau semakin lemah.
Selalu sakit sini dan sana,
Kerap lupa banyak perkara.
Sedarlah wahai diri,
dikau semakin lemah.
Bila duduk tak mampu berdiri.
Berjalan jauh selalu berhenti,
Jika terjatuh tak boleh bangun sendiri.
Berlari sudah tidak upaya.
Mendaki lagi tidak berdaya.
Sedarlah wahai diri,
dikau semakin lemah.
Makan, minum perlu dijaga rapi.
Tidur malam berbaju tebal bersarung kaki.
Sudah kurang daya ketahanan diri.
Sedarlah wahai diri,
dikau semakin lemah.
Tiada apa yang perlu dibangga.
Tidak pangkat dan juga harta.
Tidak keturunan dan nama.
Sedarlah wahai diri,
dikau semakin lemah.
Mati semakin hampir.
Berhentilah berangan-angan tinggi,
tentang dunia ini.
Carilah bekal yang akan dibawa
ke akhirat nanti.
Kerana .....
Mati itu pasti.
3/4/2015
Langgan:
Catatan (Atom)