Selamat berhijrah En Izhar dan keluarga.
Tahniah di atas ketabahan membesarkan 3 orang anak-anak syurga.
Pengalaman kita berbeza namun cita-cita kita serupa
Perjuangan kita belum berakhir. Semoga Allah permudahkan semua
urusan dunia dan akhirat kita.
Insya Allah.
Jumaat, 16 Januari 2015
Rabu, 14 Januari 2015
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ JAM TANGAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis sesuatu.
Memetik ucapan cikgu Bakri (kauselor SKDDH) pada pagi Isnin
dalam perhimpunan pertama persekolahan:
"Ramai orang boleh memilik jam tangan yang tinggi harganya, tetapi
tidak ramai yang boleh menepati masa".
Isnin, 5 Januari 2015
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ ZIKIR
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis sesuatu.
Perkongsian daripada penceramah di radio IKIM
Biar banyak zikir, jangan banyak fikir.
Bersamalah kita semua usahakan bagi menambah
kebaikan dalam kehidupan sementara ini.
Insya Allah.
Ahad, 4 Januari 2015
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ KENA TUKAR
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis sesuatu.
Seorang sahabat menemuiku.
"Saya kena tukar tempat kerja cikgu" katanya dalam esak tangis.
Aku merenung mukanya. Pandangan matanya seolah-olah
meminta aku campur tangan dalam urusan pertukarannya.
"Cuba cerita pada saya puncanya." aku mencelah.
Dari ceritanya aku dapat mengagak bahawa dia berperasangka
perpindahannya adalah sebab dia bermasalah.
Meskipun nasihat kuhulurkan, dia kelihatan teragak-agak untuk
menerima.
Kubiarkan sahaja dia terus meluah ketidakpuasan hatinya. Sampai
dia berhenti.
Akhirnya aku mencelah.
"Jadi awak rasa semua orang yang ditukarkan itu bermasalahlah ye?
Dia merenung mataku. Mungkin cuba memahami maksud pertanyaan itu.
Dengan senyuman aku menyambung.
"Jika begitu, maksudnya, saya juga Guru Besar bermasalah, sebab itu
selalu kena tukar".
Tiba-tiba sahaja dia tersenyum dan berkata:
Betul kata cikgu. Saya kena positif.
Airmatanya berhenti . Kesedihan di wajahnya bertukar.
Sebelum meninggalkan pejabat aku bersalam dan memeluknya.
Ternyata dia berpuas hati dengan apa yang telah terjadi.
Ternyata dia berpuas hati dengan apa yang telah terjadi.
Hanya Allah yang berkuasa terhadap sesuatu. Yakinlah dengan
apa juga keputusan daripada Allah.
apa juga keputusan daripada Allah.
Alhamdulillah.
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ SERBA SALAH
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis sesuatu.
Adakalanya kita tersepit .
Ditelan mati emak, diluah mati bapa.
Ujian Allah apabila bergelar pemimpin.
Pasti ada hikmah yang tersirat. Alhamdulillah.
Khamis, 1 Januari 2015
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/KELIRU
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis
sesuatu.
Arahan dalam telegram yang kuterima semalam membuahkan
kekeliruan. Apakah yang sebenarmya yang dikehendaki
oleh pihak-pihak tertentu. Hati siapakah sebenarnya yang hendak
mereka dijaga.
Hanya terfikirkan " Tidakkah ada rasa bersalah apabila
menurunkan sesuatu arahan hingga sanggup menidakkan
tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan oleh yang
menerima gaji"
Wallahua'lam.
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ SELAMAT TAHUN BARU 2015
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis sesuatu.
Belum terlambat rasanya untukku mengucapkan
Selamat Tahun Baru 2015 kepada semua pengunjung blog.
Lawatan tuan/puan ke blog yang tidak seberapanya ini diharap
dapat memberi manfaat kepada semua. Semoga beroleh
sesuatu kebaikan di dunia dan akhirat. Insya Allah.
Rasanya isu yang kutuliskan sejak kebelakangan ini melencong
sedikit daripada tujuan asal iaitu berkongsi pengalaman
tentang Pendidikan Khas.
Atas sebab jawatan yang kupegang sekarang lebih menyeluruh
maka hasil penulisannya juga begitu.
Meskipun begitu, niat tetap sama iaitu PERKONGSIAN. Semoga
dapat diterima semua.
Sekian... Wassalam.

Langgan:
Catatan (Atom)