Ahad, 4 Januari 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ KENA TUKAR

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
 Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis sesuatu.

Seorang sahabat menemuiku.

"Saya kena tukar tempat kerja cikgu" katanya dalam esak tangis.

Aku merenung mukanya. Pandangan matanya   seolah-olah 
meminta aku  campur tangan dalam urusan pertukarannya.

"Cuba cerita pada saya puncanya." aku mencelah.

Dari ceritanya aku dapat mengagak bahawa dia berperasangka 
perpindahannya adalah sebab  dia bermasalah.

Meskipun nasihat kuhulurkan, dia kelihatan teragak-agak  untuk 
menerima.

Kubiarkan sahaja dia terus meluah ketidakpuasan hatinya. Sampai
dia berhenti.

Akhirnya aku mencelah.

"Jadi awak rasa semua orang yang ditukarkan itu bermasalahlah ye?

 Dia merenung mataku. Mungkin cuba memahami maksud pertanyaan itu.

Dengan senyuman aku menyambung.

"Jika begitu, maksudnya, saya juga  Guru Besar bermasalah, sebab itu
selalu  kena tukar".

Tiba-tiba sahaja dia tersenyum dan berkata:

Betul kata cikgu. Saya kena positif.

 Airmatanya berhenti . Kesedihan di wajahnya bertukar.

Sebelum meninggalkan pejabat aku bersalam dan memeluknya. 
Ternyata dia berpuas hati dengan apa yang telah terjadi.











Hanya Allah yang berkuasa  terhadap sesuatu. Yakinlah dengan
apa juga keputusan daripada Allah.

Alhamdulillah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan