Ahad, 6 Disember 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/TEMAN

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

Disini aku bermula.
Menjadi guru Pendidikan Khas,
Yang jarang  dipandang oleh SESIAPA.

Kerana...
Aku mengajar anak- anak
yang selalu  dikatakan,
tidak tahu apa-apa,
Yang selalu  dikatakan
tidak boleh buat apa-apa.
Yang selalu dikatakan
tiada apa-apa.

Namun teman...
Dengan tiada apa-apanya MEREKA.
Aku berada dipuncak ini.
Dengan tiada apa-apanya MEREKA,
Aku mengenali diri sebagai hambaNYA.
Dengan tiada apa-apanya MEREKA,
Rezeki Allah melimpahi,
Dengan tiada apa-apanya MEREKA,
Aku tahan dengan ranjau duri.

Subhanallah. Maha suci Allah.
Menjadikan mereka tidak ada apa-apa
Di mata manusia. Di pentas dunia.
Namun....
Tidak mustahil mereka adalah ahli syurga
Yang lebih mulia daripada kita semua.

Teman...
Jadikanlah tidak ada apa-apanya mereka,
Sebagai ladang  pahala,
Menanam pohon-pohon syurga.
Bajailah pohon harapan mereka
Dengan rasa kasih dan sayang.
Siramilah pohon harapan ibubapa mereka,
Dengan sikap tanggungjawab.
Cantaslah  dari hati kita,  rasa  berkira,
Masa dan tenaga,


Bayangkanlah teman
Dengan tidak ada apa-apanya mereka,
Kita dilambai mesra,
Kesatu tempat yang dinamakan syurga.

Selamat berjaya teman.
Jangan berhenti berusaha.
Jangan putus asa.
Memang onak duri sentiasa menikam,
Melukai tangan, kaki dan hati,
Dalam membantu mereka.
Namun....teman...
Yakinlah dengan tiada apa-apanya mereka,
Kita akan jadi yang terpilih bersama mereka.
Di dalam syurga sana.
Insya Allah.

































BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ ONAK DURI

Alhamdulillah. Dizinkan untuku menulis.

Onak duri di hujung perjalanan  ini terasa ngilunya.
Menikam tangkai hati. Sesekali terasa tidak ampuh
untuk menahannya..

Pun begitu. Memetik kata-kata seorang Ustaz.

"Jika tidak diuji  kita jadi orang yang riyak
dengan kebaikan dan amalan diri sendiri.
Lebih baik kita diuji berbanding  segala amalan
menjadi sia-sia"

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakhbar.

Sesungguhnya DIA Maha Mengetahui.

Berbagai  cara Allah memilih kita untuk
menjadi orang yang lebih baik daripada semalam.
Terserah kepada kita  bagaimana cara  untuk menerimanya




Jumaat, 4 Disember 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ 6 PERKATAAN

 Alhamdulillah. Dizinkan untukku menulis.

Menjadi trend sekarang. Semua kita ada
 Group Whatsapp, group telegram.

Tujuan utama ialah untuk mudah mendapat
dan menyampaikan maklumat serta bertanya
khabar.

Namun adakala ia menjadi tempat menyebar cerita.
Benar dan fitnah.

Berjam-jam masa yang diambil untuk
membacanya.  Hingga terabai kerja utama.

Kemudahan  yang ada sekarang tidak salah.
Kita pengguna yang suka buat masalah.

Berkait perkara ini inginku tuliskan secebis kisah.

Daripada sebuah group yang aku sertai.

Suatu pagi seorang ahli gruop menulis satu
kenyataan. Aku meragui kenyataan itu. Tak
kuasa mencelah. Nak menegur takut ada
yang terasa.

Kenyataan tersebut telah membawa banyak
  respond daripada semua ahli group.
Membacanya memang sakit rasa di hati.

Tiba-tiba seorang ahli group mencelah.

Jangan buat cerita. Ingat dosa pahala.

Hanya dengan 6 perkataan itu semua
ahli group berhenti memberi respond.

Tahniah sahabat. Anda hebat. Hanya
dengan 6 perkataan anda telah menyelematkan
ramai ahli group dari berbuat dosa.

Berfikirlah sebelum menulis.
Tulisan boleh membawa ke syurga
Tulisan juga boleh membawa ke neraka.
Peringatan untuk diriku sendiri.





Selasa, 1 Disember 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/KENANGAN

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

Kadangkala apabila telah berada di puncak,  kita
jadi pelupa sehingga sanggup meludah orang di bawah.

Janganlah terlalu  mendabik dada. Itu bukan sifat
seorang hamba. Sedarlah,  kita  bukan sesiapapun jika
tidak dengan RAHMATNYA.

Hari ini tetap akan menjadi kenangan di saat akhir meninggalkan
kerjaya.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah,



BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/LEBIH BAIK

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

Memikirkan kesalahan kita kepada orang lain
adalah lebih baik daripada mengira-ngira
kesalahan orang lain kepada kita.







Sabtu, 28 November 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ MUTIARA ILMU

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

Mutiara ilmu.

....Sembunyikanlah kebaikanmu sebagaimana kau sembunyikan
kejahatanmu.

....Apa juga yang ingin dilakukan carilah keredhaan Allah.
Nescaya kita akan temui ketenangan atas sebab keredhaanNYA.

....Adakalanya kita begitu takut untuk berkongsi duka  dengan
orang lain.
Tanpa sedar begitulah lembut  DIA mendidik hambaNYA
untuk tidak bergantung harap kepada yang lain selain DIA.


Isnin, 9 November 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/SABAR

Alhamdulillah. Dizinkan untukku menulis.













Bersabarlah di dalam melawan kemarahan. 
Kemarahan  hanya akan memberi kepuasan sementara.
Hakikatnya ialah api kemarahan itu akan menjadi
jelaga yang menggelapkan  hati.


Rabu, 4 November 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ BERSARA

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

Selamat bersara En Salaman bin Md Mohamad.
Guru BesarCemerlang SK Lereh Melaka.







Ahad, 1 November 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/MUTIARA ILMU

Alhamdulillah. Diizinkan ku menulis.

Antara mutiara yang dapat kukutip di majlis ilmu
pagi ini.

"Kita amat  berbangga dengan rumah besar  yang dimiliki.  
Jarang sekali kita  memikirkan bagaimanakah gambaran tempat 
tinggal kita di akhirat nanti".








Sabtu, 31 Oktober 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/MASA

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

Masa memintas terlalu laju. Adakalanya aku
terpaku. Buntu.

Saat-saat yang berlalu hambar tanpa amal.

Merenung kehadapan , berdebar di hati.

Tangan masih kosong . Tiada bekalan yang
sepatutnya dibawa tatkala bertemuNYA  nanti.





BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ MERAGUI

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

Adakalanya kita meragui pemurahnya Allah yang
sentiasa memberi.
.
Sehingga  kita takut  untuk memberi dan menggenggam
erat setiap yang ada ditangan. Khuatir tidak
akan diganti.


Sabtu, 24 Oktober 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ DUKACITA

Alhamdululillah. Diizinkan untukku menulis.




















Amalan yang amat sukar untukku laksanakan.
Kerap kecundang dalam pertarungan nafsu. Gagal
 mengawal lisan.

Entah berapa ramai insan yang
telah terluka hati akibat lisan yang tidak terjaga.

Harap diri ini dapat dimaafkan. Semuga mendapat juga
keampunan Yang Esa.

Selasa, 20 Oktober 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/PENGORBANAN

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

Untuk mendapatkan  ganjaran pahala daripada  Allah perlukan
                             PENGORBANAN. 
PENGORBANAN  perasaan untuk  tidak bersangka
buruk kepada orang lain.










 Ampunilah kami semua Ya Allah.

Sabtu, 17 Oktober 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/PETUA

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

Pengurusan tingkahlaku terhadap murid istimewa dianggap
berjaya apabila mereka mampu meninggalkan tingkahlaku
negatif  dan mengamalkan  tingkahlaku yang positif.

Kejayaan hanya akan dicapai jika guru dapat merancang
aktiviti serta menyediakan bahan bantu yang menarik minat murid.
Melalui aktiviti yang konsisten beserta bahan bantu menarik,
akan membantu murid meninggalkan tingkahlaku negatif dan 
Mengamalkan tingkahlaku yang sepatutnya.

 Masa yang diperlukan   untuk mereka berubah bergantung
 kepada beberapa faktor:
1. Tahap masalah yang dihadapi oleh murid sendiri.
2. Kesungguhan guru.
3. Kesediaan murid
4. Keberkesanan teknik PdP.
5.Kesesuaian dan keberkesanan BBM yang digunakan.
6. Kerjasama ibubapa untuk membuat kesinambungan
   di rumah.
7. Bantuan daripada Pusat Perkhimatan atau Doktor.
8. Keizinan Allah.
Banyakkan doa. Insya Allah berjaya.
Menulis petua berdasar pengalaman.

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/PETUA

Alhamdulillah. Diizinkan Allah untukku menulis.

Allah  yang memberi   kejayaan ke atas setiap sesuatu
yang kita lakukan.

Hakikatnya DIA  boleh memberi  segala  yang kita hajati
  tanpa kita berusaha dan meminta.
Namun sebagai TUAN, DIA ingin melihat sejauhmana
hambaNYA berperanan.

Oleh itu jika ingin melihat kejayaan dalam
pengurusan tingkah laku anak-anak istimewa
giatkan usaha dan banyakkan doa.

Segala  kekusutan adalah daripadaNYA.
Dia yang lebih layak untuk meleraikan.
Doa. Usaha. Doa. Tawakkal.

Insya Allah akan berjaya.
Menulis petua berdasarkan  pengalaman.

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ PETUA

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

Tahap kesbaran yang tinggi amat perlu
dalam mengurus tingkahlaku  negatif anak-anak
istimewa.

Seringkali kita kecundang dalam menahan
Kesabaran  sehingga menyakiti mereka.

Pun begitu, tanamkan pohon kesal dalam hati.
Bisikkanlan ketelinga mereka  permohonan maaf dengan
penuh keikhlasan meskipun mereka tidak memahami,
kerana yang menciptakan mereka lebih mengetahui.

Insya Allah hati akan jadi lebih tenang dan
terus bersemangat untuk menguruskan
mereka.

Menulis petua berdasarkan pengalaman.
Dengan keizinanNYA juga.

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/JIKA INGIN

Alhamdulillah. Dizinkan untukku menulis.

Jika ingin  keredhaan.
Harapkanlah  keredhaan Allah.
Jika ingin kasih sayang
Harapkanlah   kasih sayang Allah
Jika ingin keizinan
Harapkanlah keizinan Allah,
Jika inginkan keampunan,
Harapkanlah keampunan Allah,
Jika ingin kerahmatan,
Harapkanlah   rahmat Allah.
Pautkanlah segala harapan kepada Allah.
Kerana Allah tidak pernah   menepis pautan


harap dari hamba-hambanya.
Insya Allah

Rabu, 14 Oktober 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/NASIHAT

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

Seorang bapa saudara suamiku datang menziarahi
Ibu mertua. Nasihatnya kepadaku bersungguh-sungguh.
"Kita kena selalu buat solat hajat, minta Allah bagi kita
mudah masa nak mati". 
Aku mengangguk tanda memahami.
Katanya lagi.
"Dalam kubur  kita sorang-sorang. Gelap.
Tidak ada siapa nak tolong. Banyakkan doa,
Banyakkan amal"
Berulang kali nasihat diulangi. Airmatanya 
berlinangan dipipi.

Subhanallah. Satu peringatan kepadaku yang
selalu alpa.
"Terima kasih Pak Andak"



















Salam maal hijrah

Khamis, 8 Oktober 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ PEMIMPIN

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

"Sebagai pemimpin kita perlu menyayangi
orang yang dipimpin,  meskipun perasaan mereka
kepada kita adalah sebaliknya".

Petikan ucapan Tuan Hj Roslan
Ketua Sektor Psikologi Bimbingan Dan Kauseling
JPNM.

"Pandangan kita serupa Tuan"

Ahad, 4 Oktober 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ SUNNAH

 Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

Seorang pegawai daripada  PPD datang memantau sekolah.
Melihat kesungguhanku mengajaknya minum dia
bertanya.

"Mengapa Hjh beria-ia  sangat menyuruh saya minum
apabila saya datang ke sekolah  walaupun kedatangan
yang  sebentar?"

"Rasulullah S.A.W. suka melayan dan memuliakan  tetamu.
 Bagi saya, bagaimana  saya melayan  tetamu di rumah,
begitulah juga disekolah."

"Semoga Allah terima sebagai pahala kerana mengamalkan
 satu daripada  sunnah Nabi Muhammad S.A.W ". Jawabku

Dia tersenyum dan mula memahami.

PadaMU  Ku berserah. 

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ MUHASABAH DIRI

Mengapa...
Pemergian itu seperti tidak  mereka rasakan?
Pemergian itu seperti tidak mereka  sedihkan?
Tidakkah ada rasa keinsafan?
Tidakkah ada rasa ketakutan?
Bila kita tiba giliran?
Seorang diri bertemu Tuhan?
Ya Allah . Ampuni dosa kami semua.

Khamis, 1 Oktober 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ BERSARA

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

Betapa agongnya kuasaMU yang Allah.

Mendamparkan hambanya di pulau bahagia
setelah berhempas pulas melawan ombak
dan badai sebagai seorang pendidik.

Selamat bersara.
Puan Hjh Azizah Jakiriah. Guru Besar SKBB



BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/PESAN HATI

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

Sebuah buku yang amat berharga buatku.
Terima kasih kepada rakan-rakan yang menghadiahi.

 Buku tulisan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Antara isi yang menarik didalamnya.

Jangan dibiarkan hati itu terus-terusan sepi daripada
peringatan. Bawalah hati itu ke majlis pengajian,
halakah zikir dan perhimpunan alim   ulama.

Kita buat baik bukan kerana kita sudah menjadi
orang yang baik, tetapi itulah usaha kita untuk
menjadi orang yang  baik.




Rabu, 30 September 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ ILMU

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

Mutiara ilmu daripada radio IKIM.

Manusia akan menjadi musuh kepada
apa yang tidak diketahuinya.

Manakala.....

Ilmu ibarat benih. Benih akan menghasilkan
amal dan amal membentuk akhlak.






Isnin, 28 September 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ SATU PERMINTAAN

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

Kata bijak pandai:

Satu permintaan hambaNYA  yang  tidak
 dapat  untuk diperkenankan oleh Allah ialah
 ingin menjadi manusia yang disukai oleh semua
makhluk.


Ahad, 27 September 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/SEMOGA TABAH

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

Maha suci Allah.
Yang Maha Mengetahui.
Mengenali insan yang layak untuk diuji.

Ibu ini...
Anak yang dilahirkannya
jantung  berlubang,
bermasalah penglihatan juga  pendengaran.

Semoga beliau tabah dan redha


Sabtu, 26 September 2015

BiCARA GURU PENDIDIKAN KHAS/KEHIDUPAN

Alhamduillah. Diizinkan  untukku menulis.

Sesungguhnya jodoh dan pertemuan adalah
ketentuannya.

Siapa yang boleh mengubah apa yang telah
diaturNYA?

Syukur dan redha dengan ketentuan.


Jumaat, 25 September 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/MULIA

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

Mutiara ilmu dari radio IKIM:

Kalau dengan harta manusia mulia  sudah pasti
Qarun dan Firaun telah dipandang mulia oleh
Allah dan manusia.













Rabu, 23 September 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ KENANGAN

Alhamdulillah. Dizinkan untukku menulis.

Bila telah tersepit manusia sanggup lakukan
apa sahaja untuk melepaskan diri.

                   BOHONG

Cerita bapa muda  yang marah-marah  itu tidak
habis begitu sahaja.

Setelah menyelesaikan beberapa urusan
aku melangkah ke pejabat semula.

Sebaik melangkah masuk, Puan Hjh Zainon
bersuara.

"Orang lelaki tadi bohonglah cikgu".

"Kenapa pula? " soalku.

"Sebenarnya dia tak pernahpun mendaftarkan
anaknya dimana-mana sekolah sebelum ni.

Belakang surat beranak anaknya langsung
tidak ada dicop mana-mana sekolah". Jelasnya.

"Oh ye ke? .
Sudahlah lambat mendaftar. Bohong pula"
Balasku.

Geram tak terkira. Ikutkan hati ingin aku menelefonnya pada
masa itu. Pulangkan semula kemarahan yang
dilontarkan tadi.

Setelah  difikir-fikirkan, aku membatalkan niat.

 "Orang serupa itu tidak boleh dilayan" Bisik hati
kecilku.















Ya Allah. Itulah manusia. Apabila telah melakukan
 kesilapan jari menuding kepada orang lain sebagai
menutup kelemahan.

Macam-macam  ragam manusia  sekarang.

Sabarlah wahai hati.....