Ahad, 6 Disember 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/TEMAN

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

Disini aku bermula.
Menjadi guru Pendidikan Khas,
Yang jarang  dipandang oleh SESIAPA.

Kerana...
Aku mengajar anak- anak
yang selalu  dikatakan,
tidak tahu apa-apa,
Yang selalu  dikatakan
tidak boleh buat apa-apa.
Yang selalu dikatakan
tiada apa-apa.

Namun teman...
Dengan tiada apa-apanya MEREKA.
Aku berada dipuncak ini.
Dengan tiada apa-apanya MEREKA,
Aku mengenali diri sebagai hambaNYA.
Dengan tiada apa-apanya MEREKA,
Rezeki Allah melimpahi,
Dengan tiada apa-apanya MEREKA,
Aku tahan dengan ranjau duri.

Subhanallah. Maha suci Allah.
Menjadikan mereka tidak ada apa-apa
Di mata manusia. Di pentas dunia.
Namun....
Tidak mustahil mereka adalah ahli syurga
Yang lebih mulia daripada kita semua.

Teman...
Jadikanlah tidak ada apa-apanya mereka,
Sebagai ladang  pahala,
Menanam pohon-pohon syurga.
Bajailah pohon harapan mereka
Dengan rasa kasih dan sayang.
Siramilah pohon harapan ibubapa mereka,
Dengan sikap tanggungjawab.
Cantaslah  dari hati kita,  rasa  berkira,
Masa dan tenaga,


Bayangkanlah teman
Dengan tidak ada apa-apanya mereka,
Kita dilambai mesra,
Kesatu tempat yang dinamakan syurga.

Selamat berjaya teman.
Jangan berhenti berusaha.
Jangan putus asa.
Memang onak duri sentiasa menikam,
Melukai tangan, kaki dan hati,
Dalam membantu mereka.
Namun....teman...
Yakinlah dengan tiada apa-apanya mereka,
Kita akan jadi yang terpilih bersama mereka.
Di dalam syurga sana.
Insya Allah.

































Tiada ulasan:

Catat Ulasan