Rabu, 26 November 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ UPSR

Bukti kekuasaan Allah:
Allah berhak melakukan apa sahaja.
Diharapkan  oleh hambanya tapi tidak diberikan.
Tidak pernah difikirkan tetapi ... itu yang terjadi.

Sedikit coretan sms daripada seorang ibu kepadaku
sebentar tadi.

Salam... Maaf jika mengganggu..
Puan, terima kasih atas nasihat , dorongan  dan inspirasi
dari puan untuk anak saya..... 

 Disebalik setiap kesedihan
pasti ada kegembiraankan puan... Rasulullah pun ajar 
umatnya supaya sentiasa berlapang dada dengan 
segala ketentuan Allah.


Yang dapat kubalaskan ialah:

Wassalam puan
Saya bercakap pada anak puan tadi atas dasar pengalaman 
sebenar kehidupan saya sehingga menjadi seorang
guru besar. 

Amat indah puan rasanya, apabila diuji dan kita redha..

Sampaikan pesan saya untuk anak puan:

Allah Maha Pengasih tidak pernah memberi sesuatu
kepada hambanya  melainkan yang terbaik. 
Banyakkan bersyukur. 
Salam sayang untuk puan dan anak.

Balasan daripada siibu:

Betul apa yang puan cakap. Kehidupan orang-orang 
beriman memang tidak sunyi dari ujian Allahkan puan,,?
Bila kita redha  baru kita rasa manisnya iman dan nikmatnya 
apabila diuji.

Kita merancang...Allahpun merancang tp...
Perancangan Allahlah perancangan yang terbaik.

PUJUKLAH HATI  WAHAI IBU .... DARI PUAN HJH HASMAH
GURU BESAR SKDDH 


Ahad, 16 November 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ BENGKEL

Alhamdulillah. Diizinkan Allah untuk menulis sesuatu.

Bengkel pemurnian Kod Amalan Pendidikan Khas

10-12 September
Port Dickson. Negeri Sembilan






















BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ MENJALIN UKHWAH

Alhamdulillah. Diizinkan Allah untukku menulis.

Menjalin ukhwah bersama rakan pekerja  Taska Raudahtul Sakinah
di Mayang Sari Resort .












































































































Terima kasih atas segala usaha yang diberikan
bagi memastikan muridi-murid di TRS dapat
pendidikan agama yang sempurna.









BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ ORANG BARU

Alhamdulillah. Diizinkan aku menulis sesuatu.

Nasihat seorang muda kepadaku pagi Khamis  lalu:

Kata alim ulama: "Apabila telah lahir orang baru ke dunia, 
maka orang lama perlu bersedia untuk meninggalkan dunia"

Subhanallah. Nasihat yang penuh kebenarannya.

Syukur padamu Ya Allah. Meletakkan aku ditengah-tengah
insan yang sering ingat mengingatkan.









Muhammad El Fateh bin Muhammad Irsyad.
3 bulan
Orang baru pertama dalam keluarga kami.

Rabu, 5 November 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ ALLAH TIDAK PERNAH JAUH

Hadiah darpada  rakan-rakan guru sempena
KEM MEMBCA 1 MALAYSIA SKKDH

Nama Buku: Allah Tidak Pernah Jauh.
Penulis: Suhana Amiril

Sedikit petikan  daripada buku:

Tuhan....
Kau anugerahkan kekuatan dan kesabaran untukku.
Dalam mengharungi ujian ini.

Kehidupan ini  masih banyak misterinya. 
Kerana itu kita perlu belajar melepaskan sesuatu
yang telah terjadi. Kita kena akur dengan kehendak
Allah. Jika itu yang telah diaturkan-NYA untuk kita,
maka itulah yang terbaik untuk kita.

Tapi kita,

bukan diam sahaja  tanpa perlu usaha.

Dan kerana itu bukan tugas kita,
maka lapangkanlah hati kita wahai kawan.

Terima kasih cikgu-cikgu. Aku amat menyukainya.



Sabtu, 1 November 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ NASIHAT

Alhamdulillah.  Diizinkan untukku menulis.

Email ini kuterima pada 3 Sept 2014. Luahan hati seorang PPM.

"Saya ppm. Saya tengah usaha cari kerja lain. Seriously kami
 dikastakan. Letih dipandang hina. Cukuplah 6 thn pengalaman." 

Sudah pasti email ini tercetus dari perasaan  kecewa dan marah.


Sebagai orang yang tidak tahu pucuk  dan pangkal cerita 
ingin kuhulurkan  sedikit basihat . Jika dapat difikirkan. , 
Alhamdulillah.

Sebenarnya guru dan PPM adalah pasangan ideal yang diperlukan untuk 
mendidik anak-anak istimewa. Gabungan mantap ini boleh
melahirkan modal insan yang berdikari selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Negara  dan Falsafah Pendidikan Khas.

Hasrat akan tinggal hasrat jika guru dan PPM tidak ada
penyatuan hati. 

Kepada semua PPM yang kukasihi. Ikhlaskan  diri di dalam
melakukan  sesuatu.  Pasti hati akan lebih  tenang, 
Tidak merasa kecewa dan tertekan.

Jangan rasa dibuli apabila lebih tugasan diberi. Semakin
banyak tanggungjawab yang kita berjaya selesaikan,
maka bertambahlah bekal yang akan dibawa bersama di
alam yang kekal.  Itulah  sebenarnya matlamat hidup.

Kepada guru PK yang amat kukasihi.  Bersyukurlah selalu
dengan segala kemudahan dan nikmat yang Allah beri.

berbanding sebelum ini. 

Kita semua adalah pemimpin kepada PPM . Usahlah
mereka dianak tiri.  Mereka ada hak untuk dihormati dan
dihargai.

Jangan bangga dengan jawatan yang ada. Tidak ada
gunanya disisi Allah jika tanggungjawab tidak ditunaikan
dengan sempurna. 

Binalah hubungan baik dengan rakan-rakan kita meskipun
mereka hanya  PPM. Semuanya adalah pahala.

Jika hari ini kita mendabik dada. Tunggulah harinya
dimana kita tunduk tanpa bicara apabila berada di
hadapan Allah yang maha berkuasa.

Mesti ada salah di mana-mana dan perlu diperbetulkan
Ambil yang positif dan buang yang sebaliknya.

Tidak salah tegur menegur . Tapi biar dengan cara yang 
betul. Jika ada rasa kasih dan sayangkerana Allah 
semasa hamba  pasti segala kekusutan dapat diselesaikan segera. 

Kudoakan semoga kita semua lebih bersatu hati didalam
membantu anak-anank istimewa ini.

Buang yang keroh. Ambil yang jernih.

Wallahua'Lam




BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/TANGGUNG DAN JAWAB

Alhamdulillah. Diizinkan aku untuk menulis.

Setiap kali aku menulis sebenarnya bukan untuk sesiapa.
Ia adalah teguran untuk diri sendiri dan aku yang lebih  memerlukan
berbanding orang yang membaca.

Pun begitu,  jika ada insan  lain yang sudi  mengambil ikhtibar daripada
yang kutulis, Alhamdulillah.


Sebagai hamba kita lahir di dunia untuk  memikul banyak tanggungjawab.
Sejauhmana kita menunaikan tanggungjawab, kita sendiri mengetahuinya.

Ada antara kita yang ambil mudah tentang  tanggungjawab.
Berlebih lagi aku yang menulis ini. Apabila memikirkannya kembali
terlalu banyak tanggungjawab yang gagal aku tunaikan dengan
sempurna. Semoga Allah mengampuni.

Tidak kurang antara kita yang penuh bertanggungjawab. Aku
amat mengagumi.  Allah amat menyayangi.

Sebenarnya apabila kita  menunaikan tanggungjawab dengan
sempurna kita telah memperolehi banyak kebaikan dunia apatah
lagi akhirat.


Juga yang lebih penting ialah

Segala  tanggungan  di dunia perlu dijawab di akhirat.

OLEH ITU JANGANLAH KITA MENGAMBIL MUDAH
DENGAN TANGGUNG JAWAB