Alhamdulillah. Diberi ruang untuk menulis sesuatu.
Adakalanya kata-kata orang muda boleh
memberi makna besar jika kita mendalaminya.
Seorang guru muda pernah menyuarakan rasa hati:
Bila saya tua biarlah kelakuan saya yang baik
jadi tauladan,
kata-kata saya yang baik jadi ikutan.
Alhamdulillah sebenarnya ia adalah teguran. Allah
buatku...
Selasa, 30 September 2014
Isnin, 29 September 2014
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ SIBUK
Semarak minda daripada DJ radio IKIM:
Sibukkanlah diri untuk membuat kebaikan,
sehingga tiada masa untuk membuat kejahatan.
Sibukkanlah diri untuk membuat kebaikan,
sehingga tiada masa untuk membuat kejahatan.
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ TETAMU
Alhamdulillah. Dengan izinNYA aku dapat menulis sesuatu.
Kehadiran tetamu adalah salah satu rahmat daripada
Allah s.w.t kepada hambanya.
Pahala kepada sesiapa yang menerima tetamu
amat besar. Tidak kira samada di sekolah mahupun
dirumah.
Ini menyebabkan agak sukar untukku menolak
tetamu yang hadir di sekolah walaupun aku dalam
keadaan sibuk.
Pagi itu aku menerima seorang tetamu lelaki. Muda,
Hati tertanya-tanya bagaimana dia boleh mengenali nama
dan tempat aku mengajar. Aku tidak pernah bertemunya.
Memang curiga pada awalnya. Al maklum sekarang adalah
zaman di mana berbagai cara manusia lain memperdaya.
Setelah berbual seketika, barulah aku tahu bahawa dia
adalah seorang guru Penddikan Khas,
Mengenaliku melalui buku TERISTIMEWA UNTUKMU dan
blog ini.
Menurutnya dia dalam program lawatan ke Melaka bersama
murid-murid PK. Menyewa home stay di sebelah sekolah.
Apabila mendapat maklumat daripada seorang pelajar
yang aku adalah guru besar sekolah, dia memberanikan
diri menemuiku .( membuat lawatan mengejut),
Terima kasih cikgu. Aku amat menghargainya.
Maaf ingin kupohon kepada cikgu Dzulhaimi Muda
dari SK Kedai Buluh Kuala Terengganu kerana terlalu
banyak memberi nasihat dan peringatan, meskipun baru
saja berjumpa.
Semoga pertemuan meskipun singkat dapat memberi
manfaat kepada kita sebagai guru Pendidikan khas.

Ahad, 28 September 2014
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ RENUNGAN
Alhamdulillah. Dengan izinNYA aku dapat menulis sesuatu.
Renungan untuk diri sendiri.
Jumaat, 26 September 2014
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ UPSR
Alhamdulillah dizinkan untukku menulis.
30 September adalah hari peperiksaan ulangan UPSR
bagi matapelajaran Sains dan Bahasa Inggeris.
Kesedihan yang hanya mampu kupendam.
Aku dapat membayangkan
akan kesungguhan guru-guru, PIBG dan murid-murid
sendiri melalui program-program terakhir sebelum
menduduki peperiksaan.
Hakikatnya mereka telah terlalu penat.
Telah mendaki terlalu tinggi.
Telah berada dipuncak untuk merehatkan
diri selepas itu.
Tiba-tiba diuji sedemikian rupa.
Allah lebih mengetahui rahsianya.
Aku memahami.
Guru-guru kecewa dan hilang semangat.
Apatah lagi ibubapa dan anak-anak itu sendiri.
Aku sentiasa berdoa semuga Allah permudahkan
segala urusan peperiksaan selepas ini.
Nasihat yang telah kuberikan kepada guru-guru, ibubapa
dan anak-anak yang amat kukasihi ialah:
Allah lebih mengetahui akan segala yang terjadi.
Pasti ada hikmah disebalik sesuatu musibah.
Pandangan peribadiku ialah:
Apabila manusia hilang sifat amanah,
semua perkara akan musnah.

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ TERINGAT
Alhamdulillah aku diberi ruang untuk menulis hari ini.
Melihat seseorang semalam membuat aku teringat kepada pesanan
daripada seseorang yang telah lama pergi.
Jangan hidung tinggi,
walaupun pangkat tinggi.
Hurmat orang miskin,
walaupun kita kaya.
Tak perlu risau tiada sahabat orang kaya,
bersahabat dengan orang miskin lebih banyak pahala.
Pesanan yang berguna untuk sesiapa sahaja. Fikir dan
amalkannya.

Rabu, 24 September 2014
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ CERAMAH
Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis sesuatu.
Semalam aku dikunjungi oleh seorang ibu yang membawa
cerita gelora dalam rumahtangga. Air matanya berguguran
bagai hujan di musim tengkujuh.
Aku memasang telinga. Sesekali menyampuk.
Sebelum ini aku pernah tertipu dengan melihat airmata.
Kata-kata akhir dariku sebelum dia meninggalkan pejabat.
Puan jangan risau. Rezeki Allah maha luas.
Orang Bangladesh, Pakistan dan Indonesia boleh
hidup di negara ini. Mengapa kita tidak?
Manusia diuji berdasarkan kemampuan masing-masing .
Hanya Allah yang maha mengetahui.
Apa yang penting ialah didik anak dengan agama .
Puan juga jangan tinggal solat dan jaga aurat.
(Itulah ceramah percuma sebagai penutup bicara)
Namun pagi tadi aku tersedar tertipu juga setelah mendapat
penjelasana daripada rakan sekerja.

Kini terpaksa menapis berkali-kali certia yang diterima
agar tidak terus terpedaya.
Kata-kata akhir dariku sebelum dia meninggalkan pejabat.
Puan jangan risau. Rezeki Allah maha luas.
Orang Bangladesh, Pakistan dan Indonesia boleh
hidup di negara ini. Mengapa kita tidak?
Manusia diuji berdasarkan kemampuan masing-masing .
Hanya Allah yang maha mengetahui.
Apa yang penting ialah didik anak dengan agama .
Puan juga jangan tinggal solat dan jaga aurat.
(Itulah ceramah percuma sebagai penutup bicara)
Namun pagi tadi aku tersedar tertipu juga setelah mendapat
penjelasana daripada rakan sekerja.
Selasa, 23 September 2014
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ MUDAH
Alhamdulillah.. dizinkan untuk menulis sesuatu:
Kata nasihat daripada ketua Unit Pendidikan Khas
En Md Aziz bin Lani sebentar tadi,
Hidup ini mudah sahaja,
Kalau kita tidak boleh membuat jasa,
jadilah orang yang mengenang jasa.
Insya Allah.
Kata nasihat daripada ketua Unit Pendidikan Khas
En Md Aziz bin Lani sebentar tadi,
Hidup ini mudah sahaja,
Kalau kita tidak boleh membuat jasa,
jadilah orang yang mengenang jasa.
Insya Allah.
Khamis, 18 September 2014
BICARA GURU PENDIDIKAN. KHAS
Adakalanya kita terpaksa berkorban banyak
perkara apabila ingin mencapai sesuatu.
Isnin, 8 September 2014
Sabtu, 6 September 2014
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ PERKONGSIAN
Menjadi guru adakalanya menjadikan kita tidak berhenti
berfikir. Apa akan jadi pada anak-anak kita masa
akan datang. Adakalnya macam tidak percaya akan
berlakunya banyak perkara . Antaranya:
Guru: Awak tinggal dengan siapa?
Murid: Emak saudara.
Guru: Emak mana?
Murid: Dah meninggal dunia.
Guru: Ayah mana?
Murid: Masuk penjara.
Guru: Mengapa?
Murid: Rogol kakak.
Guru ....termangu . Tidak tahu nak kata apa.
Hingga kini masih terbayang banyak perkara di
ruang mata.

Sedikit perkongsian pengalaman:
Anak-anak bekeperluan khas akan lebih mudah berjaya jika
ibubapa meredhai segala ujian Allah diatas kekurangan
anak mereka.
Jangan sekali-kali kelemahan mereka dijadikan asbab
untuk berhenti berusaha membantu, namun carilah kekuatan
yang ada pada mereka untuk diperbaiki.
Allah sentiasa memberi kepada yang meminta Jangan berhenti
berdoa dan meminta kepada Allah agar dipermudahkan segala
urusan di dalam membesarkan mereka.
Sentiasalah bersyukur dengan apa yang telah Allah sediakan,
pasti semua perkara akan menjadi lebih membahagiakan.
Lahirnya mereka juga adalah atas kehendak Allah. Pasti
DIA telah menyediakan sesuatu yang istimewa untuk ibu
bapa yang memperolehi anak-anak istimewa.

Selasa, 2 September 2014
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ PROGRAM TRANSFORMASI MINDA
Sedikit yang ingin kukongsikan:
Berhati-hati dengan ucapan,
kerana membawa kepada tindakan.
Berhati-hati dengan pemikiran,
kerana membawa kepada percakapan
Berhati-hati dengan kelakuan
kerana membawa kepada keperibadian,
dan
Berhati-hati dengan keperibadian,
kerana menentukan masa depan.
Berhati-hati dengan ucapan,
kerana membawa kepada tindakan.
Berhati-hati dengan pemikiran,
kerana membawa kepada percakapan
Berhati-hati dengan kelakuan
kerana membawa kepada keperibadian,
dan
Berhati-hati dengan keperibadian,
kerana menentukan masa depan.
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ PROGRAM TRANSFORMASI MINDA
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/PROG TRANSFORMASI MINDA
Sedikit maklumat yang ingin kukongsikan
Apabila kita melalui jalan yang sukar,
pasti kita akan hargai kesenangan walaupun
sedikit.
bICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ PROGRAM TRANSFORMASI MINDA
Sesikit maklumat yang boleh kita kongsikan bersama:
Hidup untuk memberi.
Lebihkan orang lain daripada diri sendiri.
Fikirkan apa yang hendak diberi,
bukan apa yang akan kita miliki.
Manfaatkan kepada orang lain lebih dari diri sendiri.
Hidup untuk memberi.
Lebihkan orang lain daripada diri sendiri.
Fikirkan apa yang hendak diberi,
bukan apa yang akan kita miliki.
Manfaatkan kepada orang lain lebih dari diri sendiri.
Langgan:
Catatan (Atom)