Alhamdulillah dizinkan untukku menulis.
30 September adalah hari peperiksaan ulangan UPSR
bagi matapelajaran Sains dan Bahasa Inggeris.
Kesedihan yang hanya mampu kupendam.
Aku dapat membayangkan
akan kesungguhan guru-guru, PIBG dan murid-murid
sendiri melalui program-program terakhir sebelum
menduduki peperiksaan.
Hakikatnya mereka telah terlalu penat.
Telah mendaki terlalu tinggi.
Telah berada dipuncak untuk merehatkan
diri selepas itu.
Tiba-tiba diuji sedemikian rupa.
Allah lebih mengetahui rahsianya.
Aku memahami.
Guru-guru kecewa dan hilang semangat.
Apatah lagi ibubapa dan anak-anak itu sendiri.
Aku sentiasa berdoa semuga Allah permudahkan
segala urusan peperiksaan selepas ini.
Nasihat yang telah kuberikan kepada guru-guru, ibubapa
dan anak-anak yang amat kukasihi ialah:
Allah lebih mengetahui akan segala yang terjadi.
Pasti ada hikmah disebalik sesuatu musibah.
Pandangan peribadiku ialah:
Apabila manusia hilang sifat amanah,
semua perkara akan musnah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan