Sebagai guru samada di Pend Khas mahupun dialiran perdana,
CUBALAH....
Cubalah mendidik
bukannya mengherdik,
Cubalah cari kekuatan
bukan kelemahan,
Cubalah menyiasat.
bukan menuduh,
Cubalah merendah diri,
bukan hidung tinggi.
Cubalah memahami,
bukan ingin difahami.
Cuba mengadili,
bukan menghakimi,
Cuba selesaikan masalah,
bukan mencari masalah,
Teruslah mencuba kerana...
Kita adalah ibubapa.
Kita adalah polis inspektor,
Kita adalah doktor,
Kita juga adalah hakim.
Adakalanya kita juga adalah tukang sapu
juga pengawal keselamatan.
Kita adalah segala-galanya bagi murid kita.
CUBA DAN TERUS MENCUBA
JANGAN MUDAH BERPUTUS ASA
Segala yang kita cuba lakukan ada maknanya
disisi murid kita juga ibuabapa.
Apatah lagi Sang Pencipta.
Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak...
Bulan amal dan keampunan..
Jumaat, 27 Jun 2014
Ahad, 22 Jun 2014
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ FORGIVE
Isnin, 9 Jun 2014
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ UCAPAN BERPANTUN
Bismillahirrahmanirrahim pembuka bicara.
Selawat dan Salam keatas rasul pilihan dan keluarga Baginda,
Terima kasih saudari pengacara,
Memberi peluang kepada saya memulakan bicara.
Kehutan tebal mencari pengaga,
Simpan dalam bakul jerami
Yang berbahagia Tuan PPD , terimakasih tidak terhingga,
Sudi melapangkan masa hadir ke majlis kami.
Duduk termenung di bulan puasa.
Cik timah leka meraut lidi,
Kepada semua jawatankuasa ,
Terima kasih daun keladi.
Mencari pengaga didalam hutan,
Simpan didalam raga jerami.
Kepada peserta dari sekolah jemputan,
Terima kasih sudi bersama kami.
Pergi menebang si daun palas,
Diisi penuh kedalam lori,
Jasa kalian tidak terbalas,
Didoakan beroleh pahala kemudian hari.
Kehutan belukar bersama cikpuan,
Sampai di sungai menjala ikan
Kepada Yang berbahagia tuan,
Perjalanan bengkel ingin saya jelaskan,
Sampai di sungai menjala ikan,
Terkena sengat jari pun luka.
Bengkel penulisan cerpen dan puisi kita nama kan,
Anjuran bersama panitia bahasa Melayu SKDDH dan dewan bahasa pustaka.
Duduk berehat dipohon ru,
Rasa bagaikan disinggahsana
Bengkel disertai seramai 170 orang murid dan 20 orang guru,
Dari 10 buah sekolah kawasan Bukit Cina
Raga berisi buah Melaka,
Jual bersama kuih keria.
Penceramah yang dijemput hebat belaka,
Mencurah ilmu dari semalam tanpa berkira.
Duduk berehat bersama cik Latif,
Tersenyum melihat telatah cik Nyonya,
Melahirkan guru dan murid yang kreatif,
Itulah antara objektif perbengkelannya
Menjual nangka ditengah pasar,
Sayang cik Dolahnmengangkat Huma
Membantu meningkatkan pencapaian UPSR,
Adalah juga matlamat utama.
Pergi ke kg petik kelapa.
Bawa bersama sebuku roti
Ilmu yg ada jangan di lupa,
Jadi kan amalan bila balik ke sekolah nanti.
.Madah diungkap santun bicara,
Pantun Dilantun mengusik hati,
Salah dan silap tutur bicara,
Pohon diampun seikhlas hati.
Musim rambutan, musim durian,
Dipungut gugur oleh cik Rafi,
Terkurang layanan terkurang persediaan,
Jari disusun mohon dimaafi.
Sekian....
Ucapan terima kasih semasa penutupan bengkel penulisan cerpen
dan puisi di skddh dibuat dalam bentuk pantun.
Ahad, 8 Jun 2014
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ TIDAK SIA-SIA
Jika keadaan ini masih membolehkan mereka berusaha dan
mungkin akan berjaya, apatah lagi murid-murid kita
yang sempurna sifatnya.
Allah sediakan anak-anak yang sempurna dihadapan
mata kita dengan berbagai kelebihan.
Kita tidak menyedarinya kerana kita tidak pernah
cuba untuk mencari dan mengenali.
Tingkatkan usaha dalam mengenali kelebihan anak-anak
murid yang kita didik kerana .....
Allah tidak pernah menjadikan hambanya dengan sia-sia.
Selasa, 3 Jun 2014
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ SANGKA BAIK
Sentiasalah bersangka baik,
kepada Allah
kepada manusia.
KERANA ......
akan meleraikan kekusutan hati,
melapangkan dada,
menguatkan semangat dalam melalui ranjau kehidupan.
Insya Allah.
kepada Allah
kepada manusia.
KERANA ......
akan meleraikan kekusutan hati,
melapangkan dada,
menguatkan semangat dalam melalui ranjau kehidupan.
Insya Allah.
Isnin, 2 Jun 2014
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ HARAPAN
Untuk membangunkan sesebuah organisasi
perlu ada kerjasama. Perlu ada penyatuan hati.
Bila timbul sesuatu masalah, tidak patut salah menyalah.
Tiada siapa
pun yang betul atau salah.
Bantulah di mana perlu. Tegurlah jika terlihat kekurangan.
Ingatkanlah jika antara kita ada yang terlupa.
Ia satu amanah. Satu sunnah. Akan jadi ibadah.
Semua kita ada kelebihan dan kekurangan.
Jika disatukan boleh membina seribu kejayaan.
Yakinlah segala yang Allah sediakan untuk kita hari ini
adalah yang terbaik.
Hadirkanlah rasa syukur atas segala nikmat yang Allah
kurniakan dengan cuba melakukan yang terbaik.
Atas satu tujuan, iaitu membangunkan organisasi di mana kita berada.
Atas satu tujuan, iaitu membagunkan modal insan yang ada.
Insyaallah.
Selamat beramal dibulan Syaaban. Persediaan bertemu Ramadhan.
Langgan:
Catatan (Atom)