Isnin, 9 Jun 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ UCAPAN BERPANTUN

Bismillahirrahmanirrahim  pembuka bicara.
Selawat  dan Salam keatas rasul pilihan dan keluarga Baginda,
Terima kasih saudari pengacara,
Memberi peluang kepada saya memulakan bicara.


Kehutan tebal mencari pengaga,
Simpan dalam bakul jerami
Yang  berbahagia  Tuan PPD , terimakasih  tidak terhingga,
Sudi melapangkan masa hadir  ke majlis kami.


Duduk termenung di bulan puasa.
Cik timah leka meraut lidi,
Kepada semua jawatankuasa ,
Terima kasih daun keladi.

Mencari pengaga didalam hutan,
Simpan didalam raga jerami.
Kepada peserta  dari sekolah jemputan,
Terima kasih sudi bersama kami.

Pergi menebang si daun palas,
Diisi penuh kedalam lori,
Jasa kalian tidak terbalas,
Didoakan beroleh pahala kemudian hari.

Kehutan belukar bersama cikpuan,
Sampai di sungai menjala ikan
Kepada Yang berbahagia tuan,
Perjalanan bengkel ingin saya jelaskan,


Sampai di sungai menjala ikan,
Terkena sengat jari pun luka.
Bengkel penulisan cerpen dan puisi kita nama kan,
Anjuran bersama panitia bahasa Melayu SKDDH dan dewan bahasa pustaka.


Duduk berehat dipohon ru,
Rasa bagaikan  disinggahsana
Bengkel disertai seramai  170 orang  murid dan 20 orang guru,
Dari 10 buah sekolah kawasan Bukit Cina

Raga berisi  buah Melaka,
Jual bersama  kuih keria.
 Penceramah   yang dijemput hebat belaka,
Mencurah ilmu dari semalam tanpa berkira.


Duduk berehat bersama cik Latif,
Tersenyum melihat telatah cik Nyonya,
Melahirkan guru dan murid yang kreatif,
Itulah antara objektif perbengkelannya


Menjual nangka ditengah pasar,
Sayang cik Dolahnmengangkat Huma
Membantu meningkatkan pencapaian UPSR,
Adalah juga  matlamat utama.

Pergi ke kg petik kelapa.
Bawa bersama  sebuku roti
 Ilmu  yg ada jangan di lupa,
Jadi kan amalan bila balik ke sekolah nanti.

.Madah diungkap santun bicara,
Pantun Dilantun mengusik hati,
Salah  dan silap tutur bicara,
Pohon diampun seikhlas  hati.


Musim rambutan, musim durian,
Dipungut gugur oleh cik Rafi,
Terkurang  layanan terkurang persediaan,
Jari disusun mohon dimaafi.
Sekian....

Ucapan terima  kasih semasa penutupan bengkel penulisan cerpen 
dan puisi di skddh dibuat dalam bentuk pantun.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan