Rabu, 28 Mei 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ CORETAN HARI LAHIR


ALHAMDULILLAH

Dalam  kepantasan  waktu  yang berlalu,   terasa  tidak  tercapai 
 tangan untuk memenuhi kehendak  tugasan  dunia  yang  semakin mencabar.

Sehinggakan   hari-hari penting  dalam kehidupan juga  tidak sempat untuk
diraikan. Namun orang-orang di sekeliling yang sentiasa  mengasihi dan mengingati
begitu ramai sekali.  Dengan rahmat Allah juga  aku  ditempatkan di tengah-tengah
keluarga dan sahabat-sahabat yang menyayangi . 

Alhamdulillah.

Berderetan ucapan selamat hari lahir  terpapar  di screen  telefon bimbit seawal 12.05
tengah malam. Tanda  ingatan  ikhlas  kerana  Allah  s.w.t.
Terima kasih semua.

Apa yang  terhajat    di hati  adakalanya  tidak dapat  kita miliki. 
Allah  mengetahui,  menghantar seseorang untuk  menghadiahi.
Kepada puteriku  dan rakan-rakan yang menghulurkan  tanda  hati.
Aku amat menyukainya. Terima kasih.

Buat  rakan-rakan  lama, terimakasih kerana meraikan hari kelahiranku. 
Segalanya  akan  tercatat  di buku  catatan kenangan yang tidak akan dapat
aku lupakan.

Aku berdoa semoga  Allah  akan menempatkan kita semua dikalangan
hamba-hambanya yang soleh dan solehah diakhirat nanti.  Insyaallah.


ANGKA  51 / 15

Bilangan angka usia  51 amat besar berbanding usia 15. Telah terlalu tua.
Telah terlalu banyak kenangan pahit dan manisnya.

Sebagai seorang kanak-kanak, remaja,  isteri, ibu dan bakal nenek.

Sebagai guru ditahap 1, Guru Pendidikan Khas, Guru Penolong Kanan
dan kini sebagai seorang  Guru Besar.

Kenangan manis tidak terlupakan.  Pahit juga serupa.  Ada luka yang parutnya
 masih belum  hilang.  Jika tersentuh sakit masih terasa.

Namun aku amat bersyukur. Segalanya adalah penambah pengalaman.

 Mematangkan kehidupan. Penghapus dosa.

Garis permulaan telah lama kutinggalkan.  Namun terasa  baru semalam. 
Adakalanya kaki terasa lenguh.  Namun dengan rahmatNYA  aku  terus
melangkah menuju kegarisan penamat. Garisan  yang semakin dekat.
Aku meyakininya, cuma tidak dapat kulihat.

Terasa  bekal yang  dibawa  terlalu sedikit.  Perasaan takut dan harap
sering bersilih ganti.  Hanya DIA yang mengetahui.

Jika seusia Nabi kita Muhammad s.a.w. aku dijemput menemui Ilahi bermakna
masih ada  12  tahun  usia berbaki.  Terlalu singkat berbanding  21.
Aku tidak boleh berhenti dari terus mencari keredhaan  Ilahi.

Sesungguhnya DIA yang maha PENGASIH ….. mengizinkan aku dirai  dihari  lahir
yang ke 51 ini. Alhamdulillah.   24.5.2015 hanya DIA   penentu. Wallahhuaalam









Tiada ulasan:

Catat Ulasan