Khamis, 29 Mei 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ LERAIKAN

Mengajar anak-anak di kelas hujung bukan lah 
satu perkara mudah. Kesungguhan  dan kesabaran 
perlu di tahap yang tinggi. 

Persediaan sebelum masuk  kelas amat penting. 
Langkah pengajaran perlu  disusun rapi..
BBM perlu bagi membantu mereka mudah memahami.
Tahap pencapaian setiap murid perlu diketahui oleh guru.
Bantu mereka mengikut tahap yang mereka milikI.

Pun begitu, untuk melaksanakannya bukanlah satu
perkara  mudah.  Dengan masa yang terhad, dan 
berhambat dengan tugas- tugas sampingan yang lain
menjadikan sebahagian daripada kita gagal 
untuk memenuhi kehendak pembelajaran murid-murid
di kelas hujung.

Pun begitu, tidak salah jika kita berusaha lebih sedikit
agar mereka ber peluang untuk   memahami walaupun tidak 
sepenuhnya  apa yang dipelajari.

Perkataan "memang mereka tidak boleh " dikalangan sebahagian
daripada  kita sebenarnya telah mematikan langkah  yang belum 
pun bermula.  

Kita sendiri telah membunuh semangat  mereka sebelum ajal sampai.

 Aku  terpanggil untuk menulis sebagai nasihat untuk diri
sendiri  bahawa belakang parang pun kalau diasah akan tajam .

Perkara paling penting ialah kesungguhan kita untuk mengasahnya. 
Jika hanya mencari salah tidak berusaha menyelesaikan masalah 
perkara mudah akan menjadi susah.

Aku pernah mendengar kata bijak pandai. Apa yang kita cakap dan 
fikir  adalah tidak penting. Yang lebih penting adalah apa yang kita 
lakukan. Oleh itu marilah kita lakukan  sesuatu bagi meleraikan kekusutan  
murid-murid di kelas hujung. 

Mungkin mereka bukan darah daging kita. Namun fikir kan satu
perkara. 
Dengan lahir nya mereka kita ber kerjaya. Dengan kerjaya yang ada
kita menyara keluarga. 

Lakukanlah lebih sedikit usaha untuk membantu mereka  agar 
 kita sama-sama  terselamat  dari api neraka.

Insya Allah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan