Khamis, 29 Mei 2014
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ LERAIKAN
Mengajar anak-anak di kelas hujung bukan lah
satu perkara mudah. Kesungguhan dan kesabaran
perlu di tahap yang tinggi.
Persediaan sebelum masuk kelas amat penting.
Langkah pengajaran perlu disusun rapi..
BBM perlu bagi membantu mereka mudah memahami.
Tahap pencapaian setiap murid perlu diketahui oleh guru.
Bantu mereka mengikut tahap yang mereka milikI.
Pun begitu, untuk melaksanakannya bukanlah satu
perkara mudah. Dengan masa yang terhad, dan
berhambat dengan tugas- tugas sampingan yang lain
menjadikan sebahagian daripada kita gagal
untuk memenuhi kehendak pembelajaran murid-murid
di kelas hujung.
Pun begitu, tidak salah jika kita berusaha lebih sedikit
agar mereka ber peluang untuk memahami walaupun tidak
sepenuhnya apa yang dipelajari.
Perkataan "memang mereka tidak boleh " dikalangan sebahagian
daripada kita sebenarnya telah mematikan langkah yang belum
pun bermula.
Kita sendiri telah membunuh semangat mereka sebelum ajal sampai.
Aku terpanggil untuk menulis sebagai nasihat untuk diri
sendiri bahawa belakang parang pun kalau diasah akan tajam .
Perkara paling penting ialah kesungguhan kita untuk mengasahnya.
Jika hanya mencari salah tidak berusaha menyelesaikan masalah
perkara mudah akan menjadi susah.
Aku pernah mendengar kata bijak pandai. Apa yang kita cakap dan
fikir adalah tidak penting. Yang lebih penting adalah apa yang kita
lakukan. Oleh itu marilah kita lakukan sesuatu bagi meleraikan kekusutan
murid-murid di kelas hujung.
Mungkin mereka bukan darah daging kita. Namun fikir kan satu
perkara.
Dengan lahir nya mereka kita ber kerjaya. Dengan kerjaya yang ada
kita menyara keluarga.
Lakukanlah lebih sedikit usaha untuk membantu mereka agar
kita sama-sama terselamat dari api neraka.
Insya Allah.
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ SAYANGI ANAK -ANAK ISTIMEWA
Untuk menjadi guru PENDIDIKAN KHAS yang baik
kita memerlukan ilmu yang berkaitan dengannya.
Ada berbagai cara yang membolehkan kita memilikinya.
Tahniah kepada rakan -rakan guru di PPKI SKUP atas
kesungguhan mengadakan program "Sayangi anak-anak
Istimewa " yang begitu banyak memberi manfaat itu pun
kepada orang yang berminat.
Terlalu banyak perkara yang telah dikongsikan.
Alhamdulillah.
1. Terapi cara kerja untuk anak-anak istimewa
2. Pengalaman sebagai bapa dan ibu anak-anak istimewa
3. Pengalaman seorang sukarelawan
4. Pengalaman seorang guru
Rabu, 28 Mei 2014
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ CORETAN HARI LAHIR
ALHAMDULILLAH
Dalam kepantasan waktu yang berlalu,
terasa tidak tercapai
tangan untuk memenuhi kehendak tugasan dunia yang semakin mencabar.
Sehinggakan hari-hari penting dalam kehidupan juga tidak sempat untuk
diraikan. Namun orang-orang di sekeliling yang sentiasa mengasihi dan mengingati
diraikan. Namun orang-orang di sekeliling yang sentiasa mengasihi dan mengingati
begitu ramai sekali. Dengan
rahmat Allah juga aku ditempatkan di tengah-tengah
keluarga dan sahabat-sahabat yang menyayangi .
Alhamdulillah.
Berderetan ucapan selamat hari lahir terpapar di screen telefon bimbit seawal 12.05
tengah malam.
Tanda ingatan ikhlas kerana Allah
s.w.t.
Terima kasih semua.
Apa yang terhajat di hati
adakalanya tidak dapat kita miliki.
Allah mengetahui, menghantar seseorang untuk menghadiahi.
Kepada puteriku dan rakan-rakan yang menghulurkan tanda hati.
Kepada puteriku dan rakan-rakan yang menghulurkan tanda hati.
Aku
amat menyukainya. Terima kasih.
Buat rakan-rakan lama, terimakasih kerana meraikan hari kelahiranku.
Segalanya
akan tercatat di buku catatan kenangan yang tidak akan dapat
aku lupakan.
aku lupakan.
Aku berdoa semoga Allah
akan menempatkan kita semua dikalangan
hamba-hambanya yang soleh dan solehah diakhirat nanti. Insyaallah.
hamba-hambanya yang soleh dan solehah diakhirat nanti. Insyaallah.
ANGKA 51 / 15
Bilangan angka usia 51 amat besar berbanding usia 15. Telah
terlalu tua.
Telah terlalu banyak kenangan pahit dan manisnya.
Sebagai seorang kanak-kanak, remaja, isteri, ibu dan bakal nenek.
Sebagai guru ditahap
1, Guru Pendidikan Khas, Guru Penolong Kanan
dan kini sebagai seorang Guru Besar.
Kenangan manis tidak terlupakan. Pahit juga serupa. Ada luka yang parutnya
masih belum hilang. Jika tersentuh sakit masih terasa.
Namun aku amat bersyukur. Segalanya adalah penambah
pengalaman.
Mematangkan kehidupan. Penghapus
dosa.
Jika seusia Nabi kita Muhammad s.a.w. aku dijemput menemui Ilahi bermakna
Garis permulaan telah lama kutinggalkan. Namun terasa baru semalam.
Adakalanya kaki terasa lenguh. Namun dengan rahmatNYA aku terus
melangkah menuju kegarisan penamat. Garisan yang semakin dekat.
Aku meyakininya, cuma tidak dapat kulihat.
Aku meyakininya, cuma tidak dapat kulihat.
Terasa bekal yang dibawa terlalu sedikit. Perasaan takut dan harap
sering bersilih ganti. Hanya DIA yang mengetahui.
sering bersilih ganti. Hanya DIA yang mengetahui.
Jika seusia Nabi kita Muhammad s.a.w. aku dijemput menemui Ilahi bermakna
masih ada 12
tahun usia berbaki. Terlalu singkat berbanding 21.
Aku tidak boleh berhenti dari terus mencari keredhaan Ilahi.
Aku tidak boleh berhenti dari terus mencari keredhaan Ilahi.
Sesungguhnya DIA yang maha PENGASIH ….. mengizinkan aku
dirai dihari lahir
yang ke 51 ini. Alhamdulillah. 24.5.2015 hanya DIA penentu. Wallahhuaalam
Khamis, 22 Mei 2014
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ BENGKEL PENULISAN CERPEN DAN PUISI
Jumaat, 16 Mei 2014
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ SAMBUTAN HARI GURU
Selamat hari Guru.
terima kasih dan tahniah atas kerjasama dan sokongan semua.
We are a good team
Insyaaallah
Langgan:
Catatan (Atom)