Dia adalah kakak kepada seorang daripada muridku yang
tidak membayar yuran pada awal tahun itu.
"Ada apa awak mahu jumpa saya?" Aku inginkan kepastian.
Dia menghulurkan bungkusan plastik yang penuh berisi wang
syiling kepadaku.
"Ayah kata, ni aje duit yang ada, cikgu ambil untuk yuran,
lebihnya ayah suruh bawa balik " jelas remaja itu bersahaja.
Aku merenung plastik kecil yang penuh dengan syiling ditangannya .
Kelu lidah seketika.
"Kalau belum ada duit biarlah dulu" kataku kepadanya.
Terasa serbasalah apabila berada dalam situasi begitu.
Adakah bapa muridku itu marah dengan peringatan yang
selalu aku berikan melalui anaknya tentang yuran . Aku pun tidak
pasti.
Untuk pengetahuan pembaca bapa itu memang terkenal dengan
sikap keras kepalanya yang tidak mahu membayar yuran.
Tak apa cikgu, ayah kata bayar saja dulu , takut cikgu nak guna
duit untuk beli buku adik ".
"Oh ye ke? Aku menyoal.
Nampaknya tekaanku meleset. Rasanya bapa itu tidak marah.
Setelah mengira wang syiling bersama -sama , remaja itu
meminta kebenaran untuk pulang.
Semasa bersalaman dia sempat berkata
"Sebenarnya ayah suka sangat sejak adik masuk kelas khas.
Masa kat kelas perdana dah sampai darjah 3 adik masih tak
boleh membaca. Ni adik dah boleh baca sikit-sikit"
Aku tersenyum mendengar penjelasan daripada remaja itu.
"Syukur padamu Allah kerana memudahkan banyak urusanku
sepanjang bergelar guru pendidikan khas"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan