Peganganku
Kegagalan bukan bererti kekalahan dalam perjuangan hidup. Fikir dan lakukan sesuatu yang lebih bermakna bagi melupa dan menutup kegagalan yang pernah dialami . Pasti hidup lebih terisi dan memberi erti.
Ini adalah peganganku semenjak menjadi guru kepada insan-insan istimewa ini.
Beberapa kali aku alami kegagalan. Setiap kali aku kecewa, Allah memberikan kepadaku kekuatan untuk bangun demi anak-anak ini.
Tahun 2003
Tahun 2003
Teringat aku pada tahun 2003 ramai guru-guru begitu sibuk mengisi borang untuk memohon menjadi guru pakar . Aku juga tidak ketinggalan untuk mengisi borang bagi mendapatkan jawatan itu.
Puaslah juga bertanya kepada rakan-rakan guru yang pernah memohon, apa yang perlu aku sediakan jika ingin memohon menjadi seorang guru pakar. Ada juga sedikit persediaan yang kubuat.
Tiba waktunya aku dinilai oleh nazir. Dari pagi hingga waktu menjelang tengah hari aku dinilai. Semua segi, semua bidang. Yang tidak aku senangi sedikit dalam sesi itu ialah salah satu syarat untuk menjadi guru pakar ialah penilaian ke atasku dibuat oleh murid-murid pendidikan khas sendiri.
Mungkin semua orang yang terlibat dengan murid-murid ini boleh fikir sendiri akan tahap murid-murid yang berada diprogram Pendidikan Khas. Tanya tentang diri mereka sendiri pun kadangkala mereka tidak faham inikan pula nak mengisi borang pemarkahan menilai guru .
Aku terpaksa akur, kerana ianya satu ketetapan pada masa itu. Untuk masa sekarang tidak pula aku tahu adakah ianya masih dilaksanakan ataupun tidak.
Lama juga aku menanti jawapan hasil daripada permohonanku. Setelah hampir terlupa yang aku ada memohon jawatan itu, baru jawapan secara bertulis mengenai kegagalanku diterima.
Dari situ sebenarnya aku belajar bahawa bukan semua yang kita hajatkan akan kita perolehi. Allah lebih mengetahui apa yang sesuai atau tidak untuk kita. Kegagalan itu tidaklah menjadikan aku terus putus harap.
Usaha mendidik anak-anak ini kuteruskan. Kesibukan telah membuatkan aku lupa akan kegagalan kali pertama itu.
Tahun 2008, 2009 dan 2010
Apabila telah mula menyambung belajar dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas hatiku tertutup untuk mencuba lagi. Meskipun begitu, pada tahun 2008 aku mengisi borang buat kali kedua. Sudah memang ditentukan Allah ianya bukan milikku.
Pada masa yang sama aku telah dilantik menjadi GPK Pendidikan Khas. Cita-cita untuk menjadi guru pakar terpaksa kulupakan.
Pada masa yang sama aku telah dilantik menjadi GPK Pendidikan Khas. Cita-cita untuk menjadi guru pakar terpaksa kulupakan.
Walaubagaimanapun, pada Tahun 2009 namaku dan seorang rakan guru lain telah dicalonkan oleh Unit Pendidikan untuk mendapat Anugerah Guru Cemerlang Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan. Namaku telah tersenarai bersama beberapa orang guru lain dari seluruh Malaysia keperingkat akhir.
Sebenarnya sedikit penat apabila berada diperingkat akhir ini. Banyak perkara yang perlu disediakan. Sebulan awal telah mula sibuk. Apabila sampai masa penilaian dibuat, beberapa orang pegawai dari Bahagian Pendidikan Khas telah datang menilaiku.
Harapan berbunga juga pada waktu itu. Tetapi satu lawatan mengejut dari panel penilai telah dibuat keprogramku buat kali kedua seminggu selepas itu. Cara kehadiran mereka dan persoalan yang diajukan kepada ku oleh salah seorang pegawai tersebut seolah-olah membayangkan ada sesuatu yang tidak kena . Rakan-rakanku juga dapat merasakan perkara yang sama.
Tidak perlu untuk kuulas lanjut perkara itu. Biar ianya jadi kenangan padaku dan rakan-rakan. Rezeki yang Allah sediakan itu bukan untukku rupanya. Ada juga sedikit rasa kecewa. Rakan-rakan juga merasakan perkara yang sama. Ikatan rapat antara kami semua sebenarnya membuatkan apabila paha kiri dicubit paha kanan terasa juga.
Pada tahun 2010 aku mencuba nasib sekali lagi. Sekali lagi aku tersenarai untuk berada diperingkat akhir. Kali ini juga aku gagal. Ada hikmahnya. bagiku. ALLAH yang lebih tahu.
Sebagai peneraju sebuah program aku tidak boleh menunjukkan kelemahan dalam menghadapi cabaran. Selalunya dalam situasi begini aku lebih suka mengalihkan kesedihan dan kekecewaanku kepada melakukan perkara-perkara baru di dalam membangunkan program.
Idea baru
Idea baru
Setelah gagal 2 kali untuk menjadi guru Cemerlang Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan, aku telah diberi ilham oleh Allah untuk membangunkan sebuah bilik pengajaran individu di programku.
Seronok juga dengan idea baru ini. Rakan-rakan semuanya membantu. Insyaallah jika ada kelapangan akan kuterangkan melalui blog ini bagaimana perlaksaan kami di dalam bilik tersebut
Seronok juga dengan idea baru ini. Rakan-rakan semuanya membantu. Insyaallah jika ada kelapangan akan kuterangkan melalui blog ini bagaimana perlaksaan kami di dalam bilik tersebut
Kali ini niatku telah kuubah. Buat bukan untuk dinilai sebagai Guru Cemerlang Pendidikan Khas Kebangsaan, tetapi untuk dimanfaatkan sepenuhnya kepada anak-anak istimewa yang kukasihi.
Ketua Unit Pendidikan Khas ada menyuarakan agar aku cuba memohon lagi anugerah tersebut untuk tahun 2011. Anak-anak dan suami tidak membenarkan. Mereka kata cukuplah apa yang telah kulalui dan cubalah dapatkan anugerah akhirat pula. Aku terima pandangan mereka dengan tangan terbuka.
Pengalaman ini sebenarnya memberi gambaran jelas kepadaku bahawa mengajar anak-anak istimewa yang menghadapi tingkahlaku yang severe bukanlah satu perkara mudah.
Bila-bila masa sahaja perangai mereka boleh berubah. Selalunya kerap berlaku perkara yang tidak dijangka terutama apabila ada orang baru, bersama waktu sesi pembelajaran.
Bagiku memang sedikit sukar untukku mendapat anugerah itu jika ianya melibatkan pengajaran dan pembelajaran murid-murid bermasalah tingkahlaku yang severe. Memang ada banyak kekurangan yang perlu aku perbetulkan. Walaubagaimanapun, kata-kata suami dan anak-anak menjadi satu galakan kepadaku untuk meneruskan usaha yang murni ini.
Pengurusan tingkahlaku secara individu. Itulah kaedah yang cuba kuperkenalkan untuk mendapat anugerah Guru Cemerlang Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan.
Melalui kaedah yang kuperkenalkan dan dilaksanakan bersama dengan rakan-rakan guru telah banyak menghasilkan kejayaan. Ramai murid-murid yang bermasalah tingkahlaku severe berjaya kami ubah tingkahlaku mereka melalui kaedah ini.
Melalui kaedah yang kuperkenalkan dan dilaksanakan bersama dengan rakan-rakan guru telah banyak menghasilkan kejayaan. Ramai murid-murid yang bermasalah tingkahlaku severe berjaya kami ubah tingkahlaku mereka melalui kaedah ini.
Aku tetap bersyukur kerana meskipun kaedah ini tidak dikitiraf bagi membolehkan aku menjadi guru Cemerlang Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan, tetapi aku dan rakan-rakan akan sentiasa berjuang membantu anak-anak istimewa bermasalah tingkahlaku severe ini melalui kaedah yang aku perkenalkan ini.
Enjoy
Enjoy
Memang ianya tidaklah seglamour mana , tetapi kejayaan demi kejayaan pengurusan tingkahlaku murid-murid yang severe amat membanggakan kami ,dan kami enjoy dengan apa yang kami lakukan sekarang. Muga usaha ini dapat diteruskan, dan pahala diharap akan terus mengalir kepadaku dan rakan-rakan meskipun kami tidak ada didunia ini. Insyaallah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan