Mengapakah?
Di senja kehidupan ini,
Perasaan ini....sering terguris,
Perasaan ini......sering terhiris,
Perasaan ini .....sering pilu,
Perasaan ini....sering terharu,
Kerana usiakah?.
Kerana pengalamankah?
Kerana kekecewaankah?
Kerana kelembutan hatikah?
Aku lemas dalam lautan tidak pasti.
Adakah noktahnya..
Perasaan ini?.
Aku sering menanti,
Dalam sangkar duka di hati
Muga ada hikmah disebaliknya.
DIA LEBIH MENGETAHUI APA YANG TIDAK KITA KETAHUI..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan