Selasa, 23 September 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ MUDAH

Alhamdulillah.. dizinkan untuk menulis sesuatu:

Kata nasihat daripada ketua Unit Pendidikan Khas
En Md Aziz bin Lani sebentar tadi,

Hidup ini mudah sahaja,
Kalau kita tidak boleh membuat jasa,

jadilah orang yang mengenang jasa.













Insya Allah.

Khamis, 18 September 2014

Sabtu, 6 September 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ PERKONGSIAN

Menjadi guru adakalanya menjadikan kita tidak berhenti
berfikir.  Apa akan jadi pada anak-anak kita  masa
akan datang. Adakalnya macam tidak percaya akan
berlakunya banyak perkara . Antaranya:

Guru: Awak tinggal dengan siapa?
Murid: Emak saudara.
Guru: Emak mana?
Murid: Dah meninggal dunia.
Guru: Ayah mana?
Murid: Masuk penjara.
Guru: Mengapa?
Murid: Rogol kakak.
Guru ....termangu . Tidak tahu nak kata apa.
Hingga kini masih terbayang banyak perkara di
ruang mata.

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ PERKONGSIAN

Sedikit perkongsian pengalaman:

Anak-anak bekeperluan khas akan lebih mudah berjaya jika
ibubapa meredhai segala ujian  Allah diatas kekurangan
anak mereka.

Jangan sekali-kali kelemahan mereka dijadikan asbab
untuk berhenti berusaha membantu, namun carilah kekuatan
yang ada pada mereka untuk diperbaiki.

Allah sentiasa memberi kepada yang meminta  Jangan berhenti
berdoa dan meminta kepada Allah agar dipermudahkan segala
urusan di dalam  membesarkan mereka.

Sentiasalah bersyukur dengan apa yang telah Allah sediakan,
pasti semua perkara akan menjadi lebih membahagiakan.

Lahirnya mereka  juga adalah atas kehendak Allah. Pasti
DIA  telah menyediakan sesuatu yang istimewa untuk ibu
bapa yang memperolehi anak-anak istimewa.





Selasa, 2 September 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ PROGRAM TRANSFORMASI MINDA

Sedikit yang ingin kukongsikan:

Berhati-hati dengan ucapan,
kerana membawa kepada  tindakan.

Berhati-hati dengan  pemikiran,
kerana membawa kepada  percakapan

Berhati-hati dengan kelakuan
kerana membawa kepada keperibadian,
               dan
Berhati-hati dengan keperibadian,
kerana menentukan masa depan.


BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ PROGRAM TRANSFORMASI MINDA

Ciri orang berjaya  ada 3 kesanggupan:

1, Sanggup belajar
2. Sanggup diajar
3. Sanggup mengajar


BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/PROG TRANSFORMASI MINDA

Sedikit maklumat yang ingin kukongsikan

Apabila kita melalui jalan yang sukar, 
pasti kita akan hargai kesenangan walaupun sedikit.

                                                   

bICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ PROGRAM TRANSFORMASI MINDA

Sesikit maklumat yang boleh kita kongsikan bersama:

Hidup untuk memberi.
Lebihkan orang lain daripada diri sendiri.

Fikirkan apa yang hendak diberi,
bukan apa yang akan kita miliki.

Manfaatkan kepada  orang lain lebih dari diri sendiri.


Selasa, 19 Ogos 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ FITRAH



Memang sudah fitrah manusia,
Suka kepada perkara yang menggembirakan,
Suka kepada perkara yang menyeronokkan,

Memang sudah fitrah manusia,
Suka kepada kesenangan bukan kesusahan,


Kita tidak boleh lari dari fitrah.
Namun kita ada Allah tempat meminta,

Berdoalah selalu...
Agar dalam waktu kita bergembira dan berseronok,
Kita menjadi orang yang mengingati
akan kesedihan  dan kepayahan orang lain yang berada
di sekeliling kita.


Sabtu, 16 Ogos 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ NENEK

Terasa semakin tua.

Ucapan dari rakan_rakan.
"Tahniah dah jadi nenek"

Subhanallah .... Telah terlalu dekat dengan tempat kembali.

Sebenarnya aku  merasa terlalu sayu dan terharu.
Perasaan yang Allah swt sahaja memahami.

Muhammad El Fateh bin Muhammad Irsyad

4 jam selepas dilahirkan
5 Ogos 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/PINJAMAN

Mendengar perkhabaran orang-orang
terdekat kepada sahabat-sahabat diambil kembali oleh pencipta meminta aku menulis sesuatu.


Sesungguhnya, segala yang kita miliki adalah pinjaman sementara.

Tiba masa tidak bertangguh walau sesaat, pasti akan diambil semula. Ketika itu hanya amal soleh ,sedekah jariah , ilmu bermanfaat yang pernah kita ajar dan diguna oleh orang lain serta doa anak soleh yang membantu.


Oleh itu teruslah berusaha untuk membuat sebanyak mana  kebaikan sebagai bekal
Sebelum apa yang kita pinjam perlu di pulangkan.

Ahad, 3 Ogos 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ 3 OGOS

3 OGOS 2014 adalah  tarikh keramat.

Telah  29 tahun  bergelar
isteri,
ibu dan
insya Allah sebagai nenek.

Telah terlalu jauh perjalanan ini,
Bersama....
Mengharung, mendaki dan menuruni,
Lembah, gunung, dataran dan  lautan kehidupan

Adakalanya bertatih,
Adakalanya berjalan,
Adakalanya berlari, jatuh , bangun kembali.

Terlalu banyak yang telah dirasai,
Masam  dan masin
Pahit dan manis

Tawa dan tangis.

Pun begitu...
Aku semakin memahami
Allah telah menghadiahiku
Sesuatu yang amat berharga untuk dunia dan akhirat.

Alhamdulillah...







Sabtu, 2 Ogos 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Selamat hari raya maaf zahir dan batin daripada
kami sekeluarga

Muhammad Zaid dan Hasmah
Muhammad Zharif dan Nuriah
Muhammad Irsyad dan Ainul Mardhiah
Muhammad Afiq
Muhammad Faiz
Nabilah
Nur Sakinah

Semoga ketaatan kita di dalam bulan Ramadhan akan
dibawa ke bulan-bulan seterusnya.
Insya Allah.