Selasa, 12 Mac 2019

BICARA YB/ SLOW LEARNER

Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.

Pada suatu hari sewaktu keluar dari sebuah bank saya
bertembung dengan seorang wanita yang saya panggil
Puan Tipah. Telah lama kami tidak bertemu.

Puan Tipah pernah menyewa di belakang rumah emak saya.

Kebetulan pula, anak saudara beliau  yang bernama Ahmad
dan bermasalah slowleaner adalah bekas anak murid saya
semasa saya mengajar di PPKI

Jadinya, hubungan kami memang rapat.

Tiba-tiba saya teringat akan bekas anak murid saya itu.

Lantas saya  bertanya.

"Ahmad tinggal di mana sekarang?"

Dengan suara perlahan dan teragak-agak Puan Tipah  menjawab.

"Dah tak tentu tempat tinggalnya cikgu."

"Kenapa pula?" saya bertanya kembali.

"Dia selalu  keluar dan masuk penjara." jawab Puan Tipah
 dengan nada sedih.

"Allahuakhbar!

 "Kenapa?" saya bertanya kembali dengan rasa terkejut.

"Jual dan hisap dadah cikgu."

------------------------------------------------

Ini hanya satu kisah yagn saya tahu.

Masih ada ramai lagi murid slowleaner yang pernah
saya ajar, namun berita tentang mereka tidak pernah
saya dengari. Mereka juga tidak pernah saya temui.

Entah apakah pekerjaan  mereka hanya Allah yang tahu.

Dalam kes begini saya amat tertarik untuk memberi sedikit
pandangan.  Pandagan ini juga kerap saya ajukan kepada
ibu bapa anak-anak istimewa ini andai saya dijemput
memberi ceramah.

1. Anak istimewa terutama slowleaner perlukan perhatian
    yang lebih dalam urusan solat. Solat ke atas mereka perlu
    ditekankan. Jangan sekali-kali diringan-ringankan. Dengan solat
    mereka mudah untuk dibentuk.

   Andai dia anak lelaki, sering bawa ke masjid dan surau untuk
   solat berjemaah dan mendengar majlis ilmu. Dari sini hati mereka
   lebih lembut dan mudah menerima kebaikan. Mereka tidak mudah
   terjebak di dalam masalah sosial.

2. Latih semaksima mungkin kemahiran menguruskan diri dan
    rumah tanga.  Contohnya, mencuci, menyidai dan melipat pakaian.
    Menyediakan sarapan pagi dan makanan untuk tengah hari dan malam.
    Juga kemahiran menjaga kebersihan dalam dan luar rumah.

   Dari kemahiran yang mereka miliki ini sebenarnya dapat
   membantu mereka memilki pekerjaan.

 
   Contohnya:
   Membuka atau bekerja di kedai dobi.
   Menjadi pembantu atau tukang masak di kedai makan.
   Menjadi pekerja pembersihan, samada di hotel atau tempat
   lain yang memerlukan.


    Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu sia-sia. Ada banyak
    jalan tersedia untuk membantu anak-anak istimewa yang slow leaner.
 
 
   Yang penting adalah,  guru jalankan tugas mendidik di sekolah.
   Ibu bapa jalankan kesinambungan di rumah, disamping berikan
   penekanan dalam bidang agama.

   Banyakkan berdoa. Samada guru mahupun ibu bapa.

  Insya  Allah, mereka akan berjaya.






"

Ahad, 10 Mac 2019

BICARA YB/ KARAM

Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.

Apabila menjadi guru  dan Pembantu Pengurusan
Murid Pendidikan Khas kita perlulah bersatu hati dan
saling tegur menegur  untuk memajukan program
mahupun memaksimakan kemenjadian murid.

Andai ada di kalangan kita yang mengabaikan tugas
utama iaitu mengajar ataupun membantu, maka
perlulah ada yang menegur dan menasihati.

Sudah pasti individu yang sepatutnya bertindak
adalah Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas
ataupun Penyelaras.

Jika GPK ataupun Penyelaras tidak menjalankan
peranan yang sepatutnya, maka tidak mustahil
masalah akan berlanjutan. Kesannya akan dirasai
oleh guru-guru, PPM dan murid-murid.

Contohnya, dalam mengurus tingkahlaku murid-murid
hiperaktif,  semua guru dan PPM perlu istiqamah
dan selaras melaksanakan PTL. Andai ada yang culas
dan membiarkan murid begitu sahaja, PTL  tidak akan berjaya.

Kesannya ialah P&P, keceriaan kelas serta kemenjadian murid
tidak akan dapat dicapai dengan cemerlang.

Mengajar di  Program Pendidikan Khas memang memerlukan
kerjasama dan saling tegur menegur. Ianya umpama
belayar di dalam sebuah kapal.

Jika tidak ada air,  orang yang berada di bahagiah bawah kapal
menebuk lubang untuk mendapatkan air kerana tidak mahu
bersusah payah naik ke atas, dan kita yang berada di bahgian atas
kapal tidak menegur, sudah pasti kita akan karam bersama.





BICARA YB/ BAKAL TERBIT

Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.

Kisah sepanjang menjadi guru Pendidikan Khas penuh dengan
suka dukanya.

Andai tidak dibukukan ia akan bersama saya di alam kematian.
Sudah pasti ianya adalah satu kerugian.

Maka, atas izin Dia, akan terbit sebuah buku tulisan bersama
5 orang lagi guru-guru pendidikan khas. Membawa kisah sebenar
guru-guru yang mengajar di negeri Melaka, Terangganu dan
Sabah di bawah bayu.

Nantikan kemunculannya.
Awal April 2019.

Teristimewa. Kisah Kasih. Kau Aku dan Dia.

Penulisan bersama:
Hamzah Kamarudin.
Hasmah Hitam
Siti Hamidah Selamat.
Noor Zalina Zainal Abidin
Hairiah Daud
Roslaini Mohamad.