Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.
Saya masih teringat kisah seorang murid bermasalah Autisme
yang saya ajarkan menulis dengan cara yang betul.
Murid lelaki itu saya namakan R. R mula belajar di PPKI
tempat saya bertugas sekitar berumur 8 tahun. Dia telah
boleh menulis, namun tulisan R terlalu rapat.
Di antara setiap perkataan langsung tidak ada ruang kosong.
Memang tidak boleh dibaca makna perkataan yang ditulisnya
kerana bersambung di antara satu sama lain.
Puas saya memikirkan cara mengatasi. Akhirnya Allah beri
ilham.
Saya melaksanakan pengajaran secara individu setiap kali
ingin menyuruh R menulis.
Selesai dia menulis satu perkataan saya akan mengarahkan
R meletakkan satu jari sebagai pemisah diantara huruf yang
telah dan yang akan ditulis.
Saya kurang pasti berapa lama masa yang saya ambil untuk
memastikan R menguasai kemahiran menulis dengan betul.
Namun saya amat gembira apabila pada suatu hari emak
bercerita kepada saya.
Ibu R sangat bangga kerana berkat latihtubi yang saya berikan
semasa R bersekolah rendah, tulisan R masih kekal kemas dan
cantik meskipun R telah tamat bersekolah dan kini berusia awal
20-an.
Isitmewanya anak Autisme ialah, meraka sukar untuk menerima
sesuatu kemahiran baru, namun apabila telah menguasainya,
mereka akan mengamalkan untuk selamanya.
Belakang parang, anadai diasah akan tajam juga.
Usaha dana doa usah dipisahkan.
Jumaat, 10 Ogos 2018
Khamis, 2 Ogos 2018
BICARA YB/ PERSEDIAAN
Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.
Persediaan untuk masa hadapan anak istimewa meskipun
hanya "slow leaner" perlu dirancang awal.
Ibu bapa jangan sekali-kali berasa selesa dengan pertolongan
anak-anak yang lain kepada anak isitmewa tersebut, sehingga
terlupa suatu hari nanti apabila ibu bapa telah tiada, apa akan
terjadi kepada anak istimewa andai dia tidak boleh berdikari.
Bukan kita tidak mempercayai kasih sayang dan ketulusan
adik beradik normal yang lain. Bukan juga kita mahu bersangka
buruk.
Banyak kisah yang telah berlaku. Anak-anak istimewa ini
terbiar tanpa bantuan dan perhatian apabila ibu bapa telah
tiada. Mereka dipinggirkan oleh adik beradik sendiri.
Oleh itu perancangan awal dan bimbingan berterusan perlu
dibuat demi masa depan anak tersebut.
Perhatikan setiap kekuatan yang ada pada diri anak
istimewa tersebut yang boleh diasah secara berterusan
untuk dijadikan kerjaya kepada mereka apabila dewasa.
Jangan sekali membuat pilihan berdasarkan apa yang
ibu bapa suka sedangkan anak tersebut langsung tidak ada
kekuatan untuk melakukannya.
Saya berikan comtoh.
Seorang anak istimewa perempuan sangat
suka mengurus dapur dan membantu ibu
memasak.
Pekerjaaan yang sesuai untuk anak ini ialah
samada menjadi pembantu atau membuka kedai
makan. Teruskan memberi bimbingan dan
galakan kepada anak tersebut demi mencapai
cita-cita.
Jangan sekali-kali ibu bapa memaksa anak ini
menjadi pengasuh bayi kerana memikirkan ianya
lebih sesuai.
Tindakan serupa ini akan mengundang masalah
yang lebih besar. Keinginan berusaha akan menjadi
terbantut. Kemahiran baru ini lambat untuk dicapai.
Mereka akan berputus asa.
Ini akan menguatkan lagi sangkaan buruk
ahli masyarakat bahawa anak istimewa memang
tidak boleh buat apa-apa. Jadi cuba elakkannya.
Perlu diketahui bahawa persediaan awal untuk mereka
berdikari bukan sahaja tugas guru, namun ibu bapa juga
perlu mengambil peranan di rumah.
Kesinambungan di rumah terhadap pembelajaran sesuatu
kemahiran sangat membantu anak istimewa untuk berdikari.
Selalu yakinkan bahawa mereka boleh. Terangkan selalu
setiap target kita.
Bnyakkan solat hajat dab berdoa. Insya Allah akan berjaya.
Sediakan payung sebelum hujan.

Langgan:
Catatan (Atom)