Alhamdulillah.
Apabila mendapat anak istimewa ramai ibu bapa
yang merasa kecewa dan sukar untuk menerima.
Tambahan lagi jika mereka tidak mendapat
sokongan moral daripada ahli keluarga
sendiri.
Namun begitu, mereka tidaklah membiarkan
anak-anak tersebut begitu sahaja. Tanpa bantuan
yang sewajarnya.
Berbagai usaha telah diambil.
Rawatan bersama doktor pakar kanak-kanak,
berbagai program terapi juga program intervensi,
anak -anak tersebut dibawa hadiri.
Ditambah lagi dengan memberi pelbagai makanan
tambahan yang dikira mampu membantu.
Semuanya adalah demi memastikan anak-anak
istimewa ini dapat meningkatkan perkembangan diri
dan seterusnya boleh berdikari.
Alhamdulillah. Tahniah.
Peningkatan kemahiran demi kemahiran dapat
dilihat hasilnya yang positif.
Namun, satu perkara penting yang kerap dilupakan
oleh ibu bapa ialah pergantungan yang lebih
kepada Allah SWT.
Solat, solat hajat, solat sunat, puasa, sedekah
doa dan sebagainya. Demi mendekatkan lagi
diri kepada yang mencipta anak istimewa.
Kita terlupa, segala yang diusahakan tidak
akan berhasil andai tidak dengan izin-Nya.
Dia yang memberi ujian itu. Dia juga yang
layak untuk menyelesaikannya.
Jangan terlupa.
Usaha, amal, doa, tawakkal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan