Alhamdulillah.
Kadangkala kita sering mengatakan sesuatu perkara yang
berlaku adalah kebetulan.
Bagi saya pula, semuanya adalah ketentuan tuhan.
Sebenarnya masalah katarak di mata saya telah hampir 2 tahun
memerlukan pembedahan. Namun saya biarkan sahaja, kerana
masih mampu melihat dan tidak mengganggu sangat penglihatan
saya.
Pada bulan Februari yang lalu saya dan suami pergi ke Hospital
Trendak Melaka. Sebagai bekas tentera, suami berhajat menggunakan kemudahan pembedahan oleh doktor pakar mata yang ada
di hospital tersebut.
Disebabkan suami tidak membawa bersama maklumat sejarah
perubatannya yang lalu, maka tarikh temujanji untuk suami
bertemu doktor pakar tidak dapat dilakukan, sedangkan saya
beroleh tarikh pada 22.5.2017.
Atas kehendakNYA. Allah temukan saya dengan pegawai bertugas
yang berhati mulia di bahagian pakar mata. Dia menempah awal
nama suami dan nama saya untuk tarikh serupa meskipun suami
tidak melepasi pemeriksaan pertama.
Alhamdulillah. Setelah diusahakan, dua minggu selepas itu, suami
juga berjaya mendapatkan maklumat sejarah perubatan lama daripada
klinik kesihatan Ayer Keroh .
Sahlah bahawa pada 22.5.2017 kami akan bertemu doktor pakar.
Pada pertengan bulan Mac pihak hospital menelefon saya.
Memaklumkan, ada kekosongan pesakit untuk pembedahan.
Jadi saya dan suami diminta hadir untuk bertemu doktor pakar pada
28 .3. 2017.
Subhanallah. Memang DIA telah permudahkan.
Hari ini saya dan suami akan menjalani pembedahan katarak mata.
Suami di tingkat 1 dan saya di tingkat 3 Hospital Trendak Melaka.
Masih terbayang dimata saya semasa hendak menentukan tarikh
pembedahan.
Jururawat itu berkata.
"Ok, makcik dengan pakcik saya beri tarikh pembedahan yang sama ye, 11.4.2017". Tanpa kami minta.
Saya dan suami tersenyum. Tapi dalam hati saya tertanya-tanya
"Siapa nak jaga siapa ni?"
Allah akan menjaga kami. Doakan kami.
Bersama pesakit lain sedang menunggu giliran untuk pembedahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan