Ahad, 4 September 2016

BICARA YB/MENGUMPAT


Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.


Mengumpat.
Ramai yang  berkata  "saya cakap  yang betul, bukan
mengumpat"
Meskipun perkara betul tetapi apabila diperkatakan
dibelakang empunya  diri itulah namanya mengumpat..
Apatah  lagi jika diketahui , akan menimbulkan kemarahan.

Dukacita.
Kita tidak pernah rasa bersalah sedkitpun setelah mengumpat
Ada sahaja cerita yang ingin dikongsikan setiap hari sebagai
memenuhi permintaan syaitan. Mengumpat. Adakalanya terasa
ketagih untuk mengumpat.

Sempena bulan yang mulia ini saya ingin mengajak diri sendiri
dan rakan-rakan. Berhenti daripada mengumpat.

Beberapa cadangan   yang boleh diguna pakai.
1. Jangan pandang buruk orang lain.
2. Jauhi sikap suka berburuk sangka.
3. Sibukkan melihat keburukan diri sendiri.
3. Jangan menokok tambah cerita rakan yang sedang mengumpat.
4. Ubah tajuk lain jika dengar kawan mengumpat.
5. Jika mampu, nasihatilah supaya rakan kita berhenti mengumpat.
6. Jika tidak diterima, usahakan diri untuk jauhi orang yang suka mengumpat.
7. Bayangkan selalu balasan siksa Allah jika kita terus mengumpat.

Bimbang muflis diakhirat kerana segala pahala kita didunia
telah dituntut oleh orang yang kita umpat.


Salam dari Sukabumi. Jawa Barat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan