Sabtu, 3 September 2016

BICARA YB/ IKHLAS

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

Bukan satu perkara mudah untuk mengikhlaskan
diri dalam membantu melakukan sesuatu yang merupakan
bukan tugasan kita.

Contohnya  membersihkan ruangan di tempat bekerja
yang telah ditetapkan jadual tugasnya mengikut giliran.
Syaitan selalu berbisik.
"Itu bukan tugas awak,  tidak perlu sibuk, biarkan
sahaja".
"Jangan diberi muka. Sampai bila bila yang empunya
diri tidak tahu selesaikan tanggung jawab sendiri".

Pun begitu, atas sedikit rasa tanggungjawab selalunya
kita  tidak tenang. Resah akibat daripada pandangan mata
yang serabut. Tidak tersusun.

Saat begitu kita harus pandai memilih. Bisikan kebaikan
dan kejahatan:
1. Bantu untuk bersihkan.
2. Biarkan sahaja keadaan yang kotor dan bersepah itu.
Cadanganku  pilihlah yang pertama.
You get back what you give.
i Ketenangan apabila tempat bekerja  kelihatan bersih.
ii. Pahala daripada Allah.
iii. Perkara baik yang kita lakukan jika dicontohi
  oleh orang lain pahala akan terus mengalir selagi
  menjadi amalan.

Awas!
Jangan sekali kali terasa diperkenakan oleh
orang lain.
Jangan mengungkit kembali apa yang kita telah dilakukan.

Ayuh. Memang sukar tapi jika terus diamalkan,


ia akan jadi satu amalan mulia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan