Selasa, 19 Julai 2016

BICARA YB/ KEBESARANNYA.

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

Hari-hari yang berlalu jika diteliti pasti kita temui
akan tanda-tanda kebesaran  Ilahi.

Saat kita sakit tanda Allah ingin menyucikan segala dosa.
 Andai redha,  jadilah kita seumpana kain  putih
ketika  bertemuNya.

Saat kita kaya dan berada tanda Allah ingin menambahkan
pahala  berlipat ganda. Bersedekah, mengeluarkan zakat dan menderma.
Allah amat mencintainya.

Disaat kita ditimpa berbagai musibah tanda Allah ingin menjadikan
kita orang yang rapat dengannya. Tidak berserah  selain daripadaNYA.

Andai kita dapat  melihat semua perkara dengan  mata hati.




Sabtu, 16 Julai 2016

BICARA YB/ MEMBERI

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

Kisah benar yang masih kekal diingatan.
Untuk tatapan bersama.

"Abang nak guna duit sikit mak. Ada urusan agama. Nanti
abang bayar semula"

Itulah permintaan daripadanya. Putera sulungku,pada pagi itu.

Hati berbelah bagi disaat ingin memberi jawapan.
Terfikir. Waktu hujung bulan yang menyesakkan.

Dengan berat hati akhirnya aku menjawab.

" In sya Allah boleh. Datanglah ambil nanti"

"Terima kasih mak"

 Jawapan dicorong telefon  bernada gembira.


Sebenarnya jumlah Rm200 itu amat besar di saat hujung bulan.

"Ya Allah. Janganlah timbul  masalah yang memerlukan
duit di saat hujung bulan ini". Doaku dalam hati .

Kaki melangkah ke stor untuk menyempurnakan
niat mengemas bilik  yang telah lama terbiar itu sejurus along
mengambil wang dan melangkah pèrgi.

Sebaik melangkah kebilik yang bersepah mata tertumpu kesebuah
kotak kertas A4. Itu sasaran pertama. Menyisih kertas di dalamnya.

Ketika  tekun mengeluarkan satu persatu bahan di dalam kotak,
 mata tertumpu  di sudut kotak.
Kelihatan seperti wang rm 50. Tergulung kemas.

Hati berdebar. Mencapai untuk mengesahkan pandangan.
Subhanallah. Setelah diteliti  ternyata 4 helai  wang Rm 50
berjumlah Rm 200. Airmata bercucuran.
Hanya Allah yang tahu.

JanjiNYA memang pasti. Menggantikan apa yang ķita telah beri.


BICARA YB/BERSYUKUR

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

















Terlalu kerap nasihat kuhulur.
Tidak pernah jemu.
Juga tidak akan berhenti.
 Selagi  roh ada ditubuh.
Kepada anak-anak dan menantu.
Kepada sesiapa saja  yang sudi mendengar juga membaca.

Jadilah hamba yang sentiasa bersyukur.
Pasti nikmat dariNya akan bertambah.

Biar tidak nampak kaya harta di mata manusia,
Namun tidak pernah putus asa  dalam beruaha.
Allah amat cinta.

Yakinlah...
Orang bersyukur sentiasa merasa cukup dengan apa
yang ada.
Tidak iri apabila orang lebih darinya.

Sesiapa juga yang bersyukur.
Akan tenang dan  berlapang dada.
Tidak suka berburuk sangka.
Dikasihi Allah juga manusia.

BERSYUKURLAH


BICARA YB/ BlLANGAN

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

Bilangan ahli keluarga bertambah sebagaimana bertambahnya
bilangan usia. Peringatan daripadaNYA silih berganti. 
Bahawa usia berbaki tidaklah banyak bilangannya lagi.