Sabtu, 16 Julai 2016

BICARA YB/ MEMBERI

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

Kisah benar yang masih kekal diingatan.
Untuk tatapan bersama.

"Abang nak guna duit sikit mak. Ada urusan agama. Nanti
abang bayar semula"

Itulah permintaan daripadanya. Putera sulungku,pada pagi itu.

Hati berbelah bagi disaat ingin memberi jawapan.
Terfikir. Waktu hujung bulan yang menyesakkan.

Dengan berat hati akhirnya aku menjawab.

" In sya Allah boleh. Datanglah ambil nanti"

"Terima kasih mak"

 Jawapan dicorong telefon  bernada gembira.


Sebenarnya jumlah Rm200 itu amat besar di saat hujung bulan.

"Ya Allah. Janganlah timbul  masalah yang memerlukan
duit di saat hujung bulan ini". Doaku dalam hati .

Kaki melangkah ke stor untuk menyempurnakan
niat mengemas bilik  yang telah lama terbiar itu sejurus along
mengambil wang dan melangkah pèrgi.

Sebaik melangkah kebilik yang bersepah mata tertumpu kesebuah
kotak kertas A4. Itu sasaran pertama. Menyisih kertas di dalamnya.

Ketika  tekun mengeluarkan satu persatu bahan di dalam kotak,
 mata tertumpu  di sudut kotak.
Kelihatan seperti wang rm 50. Tergulung kemas.

Hati berdebar. Mencapai untuk mengesahkan pandangan.
Subhanallah. Setelah diteliti  ternyata 4 helai  wang Rm 50
berjumlah Rm 200. Airmata bercucuran.
Hanya Allah yang tahu.

JanjiNYA memang pasti. Menggantikan apa yang ķita telah beri.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan