Isnin, 13 Jun 2016

BICARA YB/BERHAJAT

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

20 tahun yang lalu, setiap pagi ketika melintasi rumah emak
menuju tempat letak kereta  untuk ke sekolah, kedengàran
suara merdu makcik mengajar anak-anaknya yang masih kecil
membaca Al Quran.

"Kalaulah dapat buat perkara sama terhadap anak-anak sendiri
alangkah seronoknya". Bisik  hati  kecil ini

Kini, hajat   lama itu menjadi kenyataan.
Saban usai subuh, di hadapanku, anak,  kadangkala menantu
dan anak saudara bersungguh-sungguh berguru bagi menghalusi
bacaan quran.

Itulah hakikatnya.
Disaat berhajat melakukan sesuatu, ada ketikanya tidak kesampaian
kerana halangan tertentu.

Hakikatnya . Allah telah  menetapkan sesuatu. Memberi apabila tiba masa
yang perlu.

Syukur.
Berhajat pula dijemput Allah bertemunya
disaat sedang mengajar Al Quran.
Amin , Amin, Amin Ya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan