Sabtu, 18 Jun 2016

BICARA YB/ INGATLAH

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

Wahai diri,
Ingatlah.
 Kita semakin tua,
Uban tumbuh merata di kepala,
Anggota badan lenguh di sini sana.
Kulit yang tegang telah mengendur,
Mata yang bersinar semakin kabur.

Wahai diri ,
Ingatlah.
Perjalanan yang kita tempuh sudah terlalu jauh,
Banyak cerita kehidupan yang kita telah lakunkan,
Sebagai hero atau heroin yang disanjung mata,
Atau  sicilik yang selalu menyembunyikan kejahatan.
Menjadi rahsia.
Kita dan Allah yang mengetahui.

Wahai  diri,
Ingatlah.
Destinasi kehidupan semakin hampir,
Usia berbaki amat sedikit.

Biarkan sahaja.
 Lupakan sahaja.
Angan-angan yang  masih terbuku di hati.
Jika adà keizinanNya,
Biar anak-anak yang menerusi.

Wahai diri.
Ingatlah.
Kita  yang semakin lesu,
Perlu dipujuk rayu,
Untuk kerap menangis menyesali
 dosa-dosa lalu.
Menadah kelangit,
Mohon rahmat daripadaNya.
Menyembam kebumi.
Dimana kita akan disemadi.

13 Ramadhan 1437 Hijrah



Tiada ulasan:

Catat Ulasan