Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.
Adakalanya lebih baik diam dan menjadi seorang pendengar berbanding bersuara kerana boleh menjadikan orang lain merasa dihormati.
Sabtu, 18 Jun 2016
BICARA YB/ INGATLAH
Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.
Wahai diri,
Ingatlah.
Kita semakin tua,
Uban tumbuh merata di kepala,
Anggota badan lenguh di sini sana.
Kulit yang tegang telah mengendur,
Mata yang bersinar semakin kabur.
Wahai diri ,
Ingatlah.
Perjalanan yang kita tempuh sudah terlalu jauh,
Banyak cerita kehidupan yang kita telah lakunkan,
Sebagai hero atau heroin yang disanjung mata,
Atau sicilik yang selalu menyembunyikan kejahatan.
Menjadi rahsia.
Kita dan Allah yang mengetahui.
Wahai diri,
Ingatlah.
Destinasi kehidupan semakin hampir,
Usia berbaki amat sedikit.
Biarkan sahaja.
Lupakan sahaja.
Angan-angan yang masih terbuku di hati.
Jika adĂ keizinanNya,
Biar anak-anak yang menerusi.
Wahai diri.
Ingatlah.
Kita yang semakin lesu,
Perlu dipujuk rayu,
Untuk kerap menangis menyesali
dosa-dosa lalu.
Menadah kelangit,
Mohon rahmat daripadaNya.
Menyembam kebumi.
Dimana kita akan disemadi.
13 Ramadhan 1437 Hijrah

Isnin, 13 Jun 2016
BICARA YB/BERHAJAT
Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.
20 tahun yang lalu, setiap pagi ketika melintasi rumah emak
menuju tempat letak kereta untuk ke sekolah, kedengĂ ran
suara merdu makcik mengajar anak-anaknya yang masih kecil
membaca Al Quran.
"Kalaulah dapat buat perkara sama terhadap anak-anak sendiri
alangkah seronoknya". Bisik hati kecil ini
Kini, hajat lama itu menjadi kenyataan.
Saban usai subuh, di hadapanku, anak, kadangkala menantu
dan anak saudara bersungguh-sungguh berguru bagi menghalusi
bacaan quran.
Itulah hakikatnya.
Disaat berhajat melakukan sesuatu, ada ketikanya tidak kesampaian
kerana halangan tertentu.
Hakikatnya . Allah telah menetapkan sesuatu. Memberi apabila tiba masa
yang perlu.
Syukur.
Berhajat pula dijemput Allah bertemunya
disaat sedang mengajar Al Quran.
Amin , Amin, Amin Ya Allah.

Langgan:
Catatan (Atom)