Ahad, 6 Disember 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/TEMAN

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

Disini aku bermula.
Menjadi guru Pendidikan Khas,
Yang jarang  dipandang oleh SESIAPA.

Kerana...
Aku mengajar anak- anak
yang selalu  dikatakan,
tidak tahu apa-apa,
Yang selalu  dikatakan
tidak boleh buat apa-apa.
Yang selalu dikatakan
tiada apa-apa.

Namun teman...
Dengan tiada apa-apanya MEREKA.
Aku berada dipuncak ini.
Dengan tiada apa-apanya MEREKA,
Aku mengenali diri sebagai hambaNYA.
Dengan tiada apa-apanya MEREKA,
Rezeki Allah melimpahi,
Dengan tiada apa-apanya MEREKA,
Aku tahan dengan ranjau duri.

Subhanallah. Maha suci Allah.
Menjadikan mereka tidak ada apa-apa
Di mata manusia. Di pentas dunia.
Namun....
Tidak mustahil mereka adalah ahli syurga
Yang lebih mulia daripada kita semua.

Teman...
Jadikanlah tidak ada apa-apanya mereka,
Sebagai ladang  pahala,
Menanam pohon-pohon syurga.
Bajailah pohon harapan mereka
Dengan rasa kasih dan sayang.
Siramilah pohon harapan ibubapa mereka,
Dengan sikap tanggungjawab.
Cantaslah  dari hati kita,  rasa  berkira,
Masa dan tenaga,


Bayangkanlah teman
Dengan tidak ada apa-apanya mereka,
Kita dilambai mesra,
Kesatu tempat yang dinamakan syurga.

Selamat berjaya teman.
Jangan berhenti berusaha.
Jangan putus asa.
Memang onak duri sentiasa menikam,
Melukai tangan, kaki dan hati,
Dalam membantu mereka.
Namun....teman...
Yakinlah dengan tiada apa-apanya mereka,
Kita akan jadi yang terpilih bersama mereka.
Di dalam syurga sana.
Insya Allah.

































BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ ONAK DURI

Alhamdulillah. Dizinkan untuku menulis.

Onak duri di hujung perjalanan  ini terasa ngilunya.
Menikam tangkai hati. Sesekali terasa tidak ampuh
untuk menahannya..

Pun begitu. Memetik kata-kata seorang Ustaz.

"Jika tidak diuji  kita jadi orang yang riyak
dengan kebaikan dan amalan diri sendiri.
Lebih baik kita diuji berbanding  segala amalan
menjadi sia-sia"

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakhbar.

Sesungguhnya DIA Maha Mengetahui.

Berbagai  cara Allah memilih kita untuk
menjadi orang yang lebih baik daripada semalam.
Terserah kepada kita  bagaimana cara  untuk menerimanya




Jumaat, 4 Disember 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ 6 PERKATAAN

 Alhamdulillah. Dizinkan untukku menulis.

Menjadi trend sekarang. Semua kita ada
 Group Whatsapp, group telegram.

Tujuan utama ialah untuk mudah mendapat
dan menyampaikan maklumat serta bertanya
khabar.

Namun adakala ia menjadi tempat menyebar cerita.
Benar dan fitnah.

Berjam-jam masa yang diambil untuk
membacanya.  Hingga terabai kerja utama.

Kemudahan  yang ada sekarang tidak salah.
Kita pengguna yang suka buat masalah.

Berkait perkara ini inginku tuliskan secebis kisah.

Daripada sebuah group yang aku sertai.

Suatu pagi seorang ahli gruop menulis satu
kenyataan. Aku meragui kenyataan itu. Tak
kuasa mencelah. Nak menegur takut ada
yang terasa.

Kenyataan tersebut telah membawa banyak
  respond daripada semua ahli group.
Membacanya memang sakit rasa di hati.

Tiba-tiba seorang ahli group mencelah.

Jangan buat cerita. Ingat dosa pahala.

Hanya dengan 6 perkataan itu semua
ahli group berhenti memberi respond.

Tahniah sahabat. Anda hebat. Hanya
dengan 6 perkataan anda telah menyelematkan
ramai ahli group dari berbuat dosa.

Berfikirlah sebelum menulis.
Tulisan boleh membawa ke syurga
Tulisan juga boleh membawa ke neraka.
Peringatan untuk diriku sendiri.





Selasa, 1 Disember 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/KENANGAN

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

Kadangkala apabila telah berada di puncak,  kita
jadi pelupa sehingga sanggup meludah orang di bawah.

Janganlah terlalu  mendabik dada. Itu bukan sifat
seorang hamba. Sedarlah,  kita  bukan sesiapapun jika
tidak dengan RAHMATNYA.

Hari ini tetap akan menjadi kenangan di saat akhir meninggalkan
kerjaya.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah,



BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/LEBIH BAIK

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

Memikirkan kesalahan kita kepada orang lain
adalah lebih baik daripada mengira-ngira
kesalahan orang lain kepada kita.