Ahad, 30 Ogos 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ JANJI ALLAH

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

Disaat kita memudahkan urusan seseorang, tanpa kita
sedari, ada orang lain yang datang membantu  bagi  memudahkan
urusan kita.
Alhamdulillah.
Janji Allah itu pasti.


BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/TERUSKANLAH

Alhamdulillah. Dizinkan untukku menulis.

Teringat nasihat seorang penulis, ustaz juga merupakan seorang
penceramah  motivasi . " Teruskanlah  menulis kerana apa yg kita
tulis adakalanya merungkai masalah  yang  telah lama dihadapi
oleh orang lain".

Selasa, 18 Ogos 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ KENANGAN

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

Telah 18 hari  Abang Long meninggalkan kami.
Kenangan menerjah tanpa  mengira waktu.
Hati  masih  sayu.

Jelas diruangan mata. Dirimu umpama sedang
 lena.

 Membiarkan kami menggunting
pakaian yang masih tersarung  ditubuhmu.

Membiarkan kami menyiram air  dan  membersihkan
seluruh tubuhmu.

Membiarkan kami lakukan  apa sahaja kepada jasadmu
Tanpa sepatah kata. 

Allahuakbar.  Abang Long. Banyak yang kami
pelajari pada hari pemergianmu.

Perlu membuat persiapan lebih rapi kerana
saat yang  Abang Long  lalui pasti dan pasti akan kami
juga harungi.

Ampunilah kami Ya Allah.




Isnin, 10 Ogos 2015

BICARA GURU PENDIDIKN KHAS/PERSOALAN

Alhamdulillah. Dizinkan untukku menulis sesuatu.

Ketika merenung dan membanding beza
 sistem pendidikan  dahulu dan sekarang
dapat dilihat banyak perbezaannya.

Pun begitu, persoalan lain pula yang muncul.
Mengapa kini  semakin ramai murid yang kurang
baik sahsiahnya   berbanding  dahulu?

Tertarik aku dengan kata-kata Sheikh  Yusof Al- Qardawi

"Apabila ingin melihat keadaan negara 
masa akan datang lihatlah jenerasi  mudanya masa kini"

Siapakah yang harus dipersalahkan?
Siapakah yang perlu dipertanggungjawabkan dengan
kehadiran masalah ini?

Apakah ada agenda tersirat  disebalik semua perubahan ini?

Sama-sama kita fikirkan kerana.........
Anak-anak ini  adalah cerminan negara
pada masa akan datang.







Jumaat, 7 Ogos 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/MUTIARA ILMU

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

Mutiara ilmu daripada radio IKIM

1. Laut yang tenang tidak melahirkan pelayar yang hebat.

2. Ilmu adalah sesuatu yang kita pelajari dan mendekatkan
    diri kita  kepada Allah.

3. Orang yang suka mencari kelemahan  orang lain adalah
    sebenarnya mempunyai banyak kelemahan.

4. Orang yang tidak suka mendengar pandangan orang lain
    sebenarnya orang yang ego. Ego hadir apabila seseorang itu
    merasakan dirinya  serba sempurna.

    Muhasabah untuk diri sendiri dan pembaca yang dikasihi.
   

Isnin, 3 Ogos 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/PERGI TAK KEMBALI

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

30 Julai 2015.
Pergi tidak kembali.
Semoga Allah merahmati Abang  Long di alam barzah.



















Apabila anak sendiri yang memandikan.
Apabila anak sendiri yang mengkafankan,
Apabila anak sendiri yang mengimamkan,
Apabila anak sendiri yang mentalkinkan.
Itulah kejayaan hakiki yang Abang Long telah miliki
disaat   bertemu Ilahi.
Al-Fatihah.