Selasa, 18 Ogos 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ KENANGAN

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

Telah 18 hari  Abang Long meninggalkan kami.
Kenangan menerjah tanpa  mengira waktu.
Hati  masih  sayu.

Jelas diruangan mata. Dirimu umpama sedang
 lena.

 Membiarkan kami menggunting
pakaian yang masih tersarung  ditubuhmu.

Membiarkan kami menyiram air  dan  membersihkan
seluruh tubuhmu.

Membiarkan kami lakukan  apa sahaja kepada jasadmu
Tanpa sepatah kata. 

Allahuakbar.  Abang Long. Banyak yang kami
pelajari pada hari pemergianmu.

Perlu membuat persiapan lebih rapi kerana
saat yang  Abang Long  lalui pasti dan pasti akan kami
juga harungi.

Ampunilah kami Ya Allah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan