Isnin, 27 Julai 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ POWER SUPPLY

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

Kata-kata seseorang malam tadi membuat
aku berfikir akan kebenarannya.

"Amalan  dan doa ibubapa adalah power supply kepada
kejayaan anak-anak  yang sedang menuntut ilmu."


Sabtu, 25 Julai 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ BUAT PUTERIKU..

Alhamdulillah. Diizinkan untukku  menulis.

Subhanallah. Sesungguhnya Maha Suci Allah yang
mengaturkan sesuatu.

Alhamdulillah.
Kau izinkan  Ya Allah anak ini mengongsikan segala kegusaran
dihatinya  kepada ibu sendiri.
 Betapa segala halangan  yang dihadapinya
sebagai seorang pelajar dapat juga akhirnya kuselami.
Pesanan buatmu puteriku:
Allah sentiasa adil kepada hambaNYA.
Allah tidak pernah pilih kasih.
Allah tidak pernah zalim.
Allah mengasihi hambanya yang diuji.
Ujian tanda cintaNYA
Ujian tanda kasihNYA
Ujian tanda ingatanNYA
Ujian tanda dirimu sentiasa dalam perhatianNYA.
Ujian tanda Allah ingin dirimu dekat denganNYA.
Ujian tanda Allah suka mendengar suaramu merayu kepadaNYA.
Puteriku....
Sesungguhnya Allah sentiasa memberi ruang kepada hambaNYA.
Jalan sentiasa terbuka untuk hambaNYA yang ingin berusaha.
Yakinlah...
Hanya dengan bantuanNYA semua tugasan dapat kau selesaikan.
Hanya dengan izinNYA semua cita-cita dapat dicapai.
Oleh itu janganlah berhenti  dari terus
Memohon keampunanNYA
Merayu bantuanNYA
DIA yang berhak memberi.
Mintalah kepadaNYA.
Doa. Usaha. Doa dan Tawakkal.
Emak hanya mampu mendoakan.


Selamat berjaya dunia dan akhirat.

Khamis, 23 Julai 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ BICARA

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

Nasihat untuk diriku yang menulis.


Bila berbicara, berhati-hatilah...

Jangan sampai membuat orang terluka.
Jangan sampai membuat orang terasa.

Sedarilah...
Bicara kita boleh membawa ke syurga,
Bicara  juga boleh membawa kita ke neraka.

Sebagai orang bijak kita boleh membuat pilihan sekarang.
Bimbang apabila tiba masanya kita  menyesal kerana
tersalah pilih menyebabkan kita disiksa.


Dari ‘Adi bin Hatim, Rasulullah S.A.W  bersabda ;
Selamatkanlah diri kalian dari siksa neraka, walaupun dengan separuh kurma. 
Jika kalian tidak mendapatkannya, maka cukup dengan bertutur kata yang baik.

Ibnul Qayyim mengatakan,
“Nabi S.A.W. menjadikan tutur kata yang baik sebagai pengganti dari
 sedekah bagi yang tidak mampu untuk bersedekah.”



Selasa, 21 Julai 2015

Ahad, 19 Julai 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ PUISI UNTUK EMAK

Bismillahirrahmanirrahim
Emak...
Tatkala melihat dirimu yang  semakin uzur,
Hatiku digamit untuk menukilkan sesuatu,
Buat santapan mata dan  hati
Semua zuriat keturunanmu.
Emak...
Melihatkan kejayaan anak-anak mu
Boleh dibayangkan betapa hebatnya dirimu,
Menjadi guru kepada 11 orang cahayamata,
Tanpa dirimu sendiri tahu menulis dan membaca,
Allahuakhbar. Allah Maha Besar.
Semua anak-anak emak  telah berjaya,
Dunia dan semoga  akhiratnya.
Berkat didikanmu hanya  seorang guru mengaji.
Emak...
Hati ini  sering dijentik kesedihan
Mengenangkan kembali ,
Kesempitan hidup yang pernah emak  lalui,
Ranjau halangan yang tidak pernah berhenti,
Doamu yang tidak pernah bersempadan
Dalam membesarkan kami,
Semoga Allah membalasi syurga buat  emak.
Emak,
Masihku ingat.
Tatkala azan bergema dinihari,
Tangan dan mulutmu tak pernah berhenti.
Mengetuk pintu  bilik  dan meleteri
Menggesa anak menantu segera menunaikan seruan Ilahi
Masa itu memang kami  marah.
Lena  dan mimpi  kami diganggu.
Namum emak..
KIni baru kami merasakan , asbab leteranmu,
Membawa banyak kejayaan dalam kehidupan keluarga kami,
Telah lahir dari rumah-rumah kami,
Hafiz hafizah, daie,  daieyah, ustaz ustazah juga pemegang ijazah.
Tidak ternilai syukur dihati kami
Kerana Allah menjadikan emak, emak kepada kami.
Banyak yang kami pelajari dari emak.
Tentang urusan dunia dan akhirat,
Tentang pentingnya ibadah,
Tentang pentingnya usaha, doa dan tawakkal,
Tentang pentingnya satu hati dalam keluarga,
Tentang  pentingnya sifat adil pada anak-anak,
Tentang ketulusan hati,
Tentang sifat rendah diri,
Tentang pentingnya memaafkan orang ,
Tentang  tanggungjawab anak-anak pada ibubapa dan mertua,
Tentang banyak lagi,
Bukan melalui kuliah,
Namun....melalui perlakuan.
Emak...
Masih kuingat.
Dalam sukarnya kehidupan emak,
Tidak pernah emak terlupakan cucu -cucu,
Apabila menjelang raya.
Sekayu kain sama warna emak belikan
Minta dijahitkan untuk semua cucu-cucu emak,
Pakaian  sama dipagi raya.
Subhanallah. Maha suci Allah.
Emak sentiasa jadi suri  tauladan bagi kami..
Emak idola kami,
Emak sentiasa dihati kami.
Doakan kami emak
Halalkan segala makan minum kami,
Maafkan kami,
Tanpa emak siapalah kami,
Kerana di telapak kaki emak,
Terletaknya syurga kami.

1 Syawal 1436 H
Teratak kasih abah.
Padang Temu. Melaka.

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ RISAU

Alhamdulillah. Diizinkan Allah menulis.

Kita semua kini sering dilanda kerisauan
tentang masalah  dunia yang tidak pernah selesai.

Bila dikenang kembali terasa ruginya kita
kerana meletakkan kerisauan yang berpanjangan
kepada dunia  sementara dan melupakan kerisauan
 akhirat yang kekal abadi.

Muhasabah untuk kita bersama.



Rabu, 15 Julai 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/KEMBARA


PROGRAM SUMBANGAN SEMPENA HARI RAYA
DAN KEMBARA GURU PENYAYANG.

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA GURU-GURU
YANG TERLIBAT. 











Selasa, 14 Julai 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/PROGRAM

Penyampaian hadiah untuk Program Ihya Ramadhan ;
Daie muda

Tahniah kepada Panitia Agama Islam yang menganjurkannya.
Tahniah kepada murid-murid yang berjaya,