Luahan hati bapa muda itu menyentuh perasaanku.
Tidak semudah bicara apabila mendapat anak
yang tidak mendengar kata.
Pengalaman kami yang hampir serupa.
Berbagai cara Allah menguji hamba yang dikasihi.
Tidak dilepaskan begitu sahaja apabila ingin diberikan
kebaikan.
Dipukul, didenda namun kedegilan anaknya semakin beria-ia.
Kataku ."Bukan kita penentu. Kita hanya hamba yang
tolong menguruskannya. Tidak kurang atau lebih dari itu"
Bapa muda mengangguk tanda bersetuju.
Namun , persoalanya apakah perlu berdiam diri dalam
situasi begini?
Atau biarkan sahaja takdir yang jadi penentu?
Nasihat yang boleh ku hulurkan.
Aku bukan kaunselor. Jauh lagi pakar motivasi.
Sekadar PERKONGSIAN dari pengalaman.
Kembali lah kepada Allah. Dia yang menyusun segala
perkara. Sebesar zarahpun ujian, pentadbir alam semesta
Ini penentu nya.
Mohonlah kepadanya. Muhasabah diri sendiri.
Dosa-dosa kita yang lalu ingin diampunkan.
Allah pasti beri ujian, apabila hambanya itu jadi pilihan.
Aturan Allah itu memang tepat.
Menemukan kami pagi itu atas dasar pengalaman serupa.
Segalanya berjalan dengan tenang sekali.
Cuma bezanya disini ialah...
Aku boleh berkongsi rasa kerana telah menerima jawapan .
Sedangkan dia , masih dibelengu persoalan.
Allah tidak pernah membezakan kasih sayang pada hambanya.
Bapa itu telah memahami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan