Sabtu, 29 Mac 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ PERKONGSIAN

Luahan hati bapa muda itu menyentuh perasaanku.

Tidak semudah  bicara  apabila mendapat anak
yang  tidak mendengar kata.

Pengalaman kami yang hampir serupa.

Berbagai cara  Allah menguji hamba yang dikasihi.
Tidak dilepaskan begitu  sahaja  apabila ingin diberikan
kebaikan.

Dipukul, didenda namun   kedegilan anaknya semakin beria-ia.

Kataku ."Bukan kita  penentu.  Kita hanya   hamba yang
tolong menguruskannya. Tidak kurang atau lebih dari itu"

Bapa muda mengangguk  tanda bersetuju.

Namun ,  persoalanya  apakah perlu berdiam diri dalam 
situasi begini?

Atau biarkan sahaja takdir yang jadi penentu?

Nasihat yang boleh ku hulurkan.
Aku bukan kaunselor. Jauh lagi pakar motivasi.
Sekadar PERKONGSIAN dari pengalaman.

Kembali lah kepada Allah. Dia yang menyusun segala 
perkara. Sebesar  zarahpun ujian, pentadbir alam semesta
Ini  penentu nya.

Mohonlah kepadanya.  Muhasabah diri sendiri.

Dosa-dosa  kita yang lalu ingin diampunkan. 

Allah pasti beri ujian, apabila  hambanya itu jadi pilihan.

Aturan  Allah  itu memang tepat.
Menemukan kami pagi itu atas dasar pengalaman serupa.
Segalanya berjalan dengan tenang sekali.

Cuma bezanya disini ialah...
Aku boleh berkongsi rasa  kerana telah menerima jawapan .
Sedangkan   dia , masih dibelengu persoalan.

Allah tidak pernah membezakan kasih sayang pada hambanya.
Bapa itu telah memahami.


Selasa, 25 Mac 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN. KHAS/ BUKU TERISTIMEWA UNTUKMU

Semuanya adalah dengan lahirnya anak istimewa
Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ MH 370

Pencarian yang belum bertemu noktah.
Penerbangan yang tiada destinasi.

Allah menguasai seluruh alam dan isi.
Mengetahui segala rahsia yang tersembunyi.

Muhasabah untuk kita sendiri.
Semua kita pasti diuji.
Cuma cerita dan kisahnya berbeza situasi.

Sedikit gambar yang sempat ku rakamkan 
semasa menghantar menantu di KLIA semalam.













Jumaat, 21 Mac 2014

BICARA. GURU PENDIDIKAN KHAS/ KESABARAN

Kesabaran tidak terhitung pada pasangan ini.
3 anak istimewa dibesarkan dengan penuh ketabahan.
Pengalaman hidup yang boleh membawa kita muhasabah diri.

Allah tidak menjadikan sesuatu perkara dengan sia-sia.

Tahniah... En Izhar dan puan Afidah.
Syurga menanti encik dan isteri