Ahad, 23 Jun 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/KURSUS

Kursus Pengurusan  Tingkah Laku Murid Pend Khas.
Untuk  Guru Pra Sekolah Pend Khas Kawasan Utara.

Hotel Amanpura Sungai Petani Kedah
23 Jun 2013

Semoga airmata yang gugur menjadi pemangkin
semangat untuk kita terus berjuang demi anak istimewa ini.

Sedikit gambar kenangan









































































Kita akan dipersoalkan diatas segala yang kita lakukan.
Semoga segala ilmu yang telah dikongsikan harap dapat dimanfaatkan
di sekolah.  Insyaallah.













Sabtu, 22 Jun 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/BERSUJUD


Akhirnya  pertukaran berlaku sekali lagi
Aku hanya boleh merancang. DIA tentukan.
Semoga akan ada kekuatan.


PADAMU  KU BERSUJUD






Rabu, 19 Jun 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ DENGAN HATI
























Hanya manusia yang berkata-kata dengan  hati akan
dapat menyentuh hati.

Ceritanya terlalu mudah untuk difahami.

Seorang Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid  (GPK HEM)
tidak  suka akan kehadiran murid istimewa di sekolahnya.

Setiap  hari ada sahaja yang tidak kena. Setiap masa
ada sahaja yang salah dimatanya.

Tetapi  guru Pendidikan Khas itu orang yang  ikhlas dan telus.
Menegur  sikap GPK HEM .  Mengingatkan andai
GPK HEM itu  tidak menyedari. Akan mulianya anak-anak
istimewa ini.  Akan pentingnya mereka dihargai.

Teguran meskipun  lembut.  Menusuk  kalbu. Akhirnya GPK HEM
itu berubah.

Yang paling menyayat hati.  Disaat akhir hayat GPK HEM itu
dia ingin anak istimewa yang dibenci berada di sisi. Berada
dalam dakapannya hingga rohnya keluar daripada jasad.

Besarnya kuasa Allah.  Menjadikan seorang guru Pendidikan Khas
asbab untuk GPK HEM  berubah.

Itulah kesannya apabila menegur dengan  hati. Bukan dengan niat benci.

Jangan takut untuk menegur jika ianya untuk kebaikan.
Insyaallah pasti dipermudahkan segala usaha kita.

Terima kasih  kepada Puan Wan Nomi (pegawai BP KHAS)
 kerana perkongsian pengalaman yang menyatat hati. 





Selasa, 18 Jun 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ KURSUS

Dalam kursus PTL guru Pra Sekolah PK Zon Tengah sedikit
tugasan kumpulan telah kuberikan.

Soalan: Apakah masalah tingkahlaku  murid Pra sekolah
PK dan cara mengatasi.

Jawapan daripada keempat -empat kumpulan ialah
seperti berikut.


























Apapun jawapan yang diberikan kuharap ia biarlah
dilaksanakan atas rasa kasih sayang dan tanggungjawab
di dalam membantu anak-anak  ini berubah tingkahlakunya.


Lakukanlah dengan hati yang ikhlas kerana hasilnya
adalah ketenangan akan hadir didalam kehidupan  kita.
Insyaalllah.

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ KURSUS

Terima kasih kepada BP Khas kerana memberi peluang kepadaku
untuk  terus berkongsi pengalaman.

Kursus PTL guru Pra Sekolah Pendidikan Khas Zon Tengah.
Hotel Olimpik Sport Kuala Lumpur

Sedikit gambar kenangan.















Khamis, 6 Jun 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ KEPENTINGAN PTL

Semasa  diberi peluang memberi ceramah  kepada  semumpulan Pembantu
Pengurusan Murid   aku  sempat mengajukan  satu  soalan berbunyi:

Apakah  masalah paling  besar yang PPM hadapi  semasa  bertugas  di PPKI.

Analisa  kulakukan  kepada semua  jawapan  dan  ianya  adalah  seperti berikut:


TINGKAH LAKU MURID

 

URUSDIRI

MURID

 

KOMUNIKASI

MURID

 

KESIHATAN

MURID

 

IBUBAPA

MURID

 

HUBUNGAN PPM DAN GURU

 

173 ORANG

 

 

34 ORANG

 

18 ORANG

 

 5 ORANG

 5 ORANG

3  ORANG




Seramai   173  daripada  200 orang  PPM  telah  meletakkan  masalah tingkahlaku murid  pendidikan khas  adalah  masalah  utama  kepada  mereka  apabila  bertugas  di  PPKI.

Disini  bolehlah  kita  simpulkan  betapa  PTL  adalah  perkara  paling penting di lakukan
kepada  anak-anak  istimewa  ini apabila  mereka  masuk  ke program  pendidikan khas.

Tanpa PTL  banyak  kemahiran  lain  akan  menjadi  sukar  untuk mereka  kuasai. 
Semuga  kita  semua  guru  dan PPM  pendidikan  khas tidak  mengabaikan perkara
utama ini.