Rabu, 19 Jun 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ DENGAN HATI
























Hanya manusia yang berkata-kata dengan  hati akan
dapat menyentuh hati.

Ceritanya terlalu mudah untuk difahami.

Seorang Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid  (GPK HEM)
tidak  suka akan kehadiran murid istimewa di sekolahnya.

Setiap  hari ada sahaja yang tidak kena. Setiap masa
ada sahaja yang salah dimatanya.

Tetapi  guru Pendidikan Khas itu orang yang  ikhlas dan telus.
Menegur  sikap GPK HEM .  Mengingatkan andai
GPK HEM itu  tidak menyedari. Akan mulianya anak-anak
istimewa ini.  Akan pentingnya mereka dihargai.

Teguran meskipun  lembut.  Menusuk  kalbu. Akhirnya GPK HEM
itu berubah.

Yang paling menyayat hati.  Disaat akhir hayat GPK HEM itu
dia ingin anak istimewa yang dibenci berada di sisi. Berada
dalam dakapannya hingga rohnya keluar daripada jasad.

Besarnya kuasa Allah.  Menjadikan seorang guru Pendidikan Khas
asbab untuk GPK HEM  berubah.

Itulah kesannya apabila menegur dengan  hati. Bukan dengan niat benci.

Jangan takut untuk menegur jika ianya untuk kebaikan.
Insyaallah pasti dipermudahkan segala usaha kita.

Terima kasih  kepada Puan Wan Nomi (pegawai BP KHAS)
 kerana perkongsian pengalaman yang menyatat hati. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan