Khamis, 10 Oktober 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/INTEGRITI

Memandangkan murid bising kerana guru relief masih belum
masuk  kelas untuk mengajar ,  aku lantas mengambil alih tugas.

Setelah murid selesai mengucapkan selamat pagi dan membaca 
doa, sebagaimana biasa arahan kuberikan.

"Siapa yang solat subuh pagi tadi boleh duduk, yang tidak 
solat berdiri".

Hanya  5 orang yang masih berdiri , manakala selebihnya daripada
jumlah  42 orang murid itu duduk.

Kejujuran tidak kelihatan pada wajah kebanyakan daripada mereka.

Yang duduk senyum meleret. Yang berdiri tunduk malu.

"Tepuk tangan untuk kawan-kawan kamu yang jujur, dan mengaku
membuat  kesilapan". Kataku sebagai membantu memulihkan perasaan
mereka.

Mereka nampak ceria kembali.

"Baiklah, saya hendak kamu bersikap jujur, kerana kalau kamu
berbohong pagi ini kamu telah mendapat 2 dosa. 

1 dosa kerana tinggalkan solat dan 1 lagi dosa kerana berbohong". 
Kataku sebagai menguji kejujuran mereka.

Murid-murid yang duduk berpandangan  antara satu sama lain.
Perlahan-lahan  mereka berdiri semula dan hanya
tinggal 3 orang sahaja yang setia di kerusi.

Sekali lagi aku meminta mereka menepuk tangan kerana bersikap jujur.
Nampak sekali mereka gembira dan ceria pada masa itu.

Selepas itu aku mula menyambung cerita tentang kelebihan solat kepada 
mereka. Mereka tekun mendengar.

Apa yang ingin aku tuliskan bukan bererti aku baik.  
Aku terpanggil untuk mengingatkan   diri sendiri dan 
raka-rakan pembaca.

Tidak kira guru opsyen apa. Tidak kira kita di gred mana.
DG. 29, 32, 34, 38, 41, 44 mahupun 48 .Seperkara yang perlu 
difikirkan bersama.

Hanya keperihatinan dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri
anak-anak murid kita.

Mereka tidak tahu akan kesan atas segala kesilapan yang
mereka buat, jika tidak diingatkan. 

Mereka tidak kenal apa itu taggungjawap jika tidak diberitahu.

Mereka juga tidak hirau tentang ketepatan masa kerana semuanya
mereka belajar daripada kita.

Jangan hanya salahkan ibu bapa kerana kita menerima imbuhan
setiap bulan untuk tugas yang sama.

Kepada yang prihatin.  Ku ucapkan tahniah. 
Kepada yang masih leka, masih belum terlambat untuk
berhijrah . 

Bayangkan satu perkara.

Pada  hari  pembalasan nanti  kita akan berputih
mata kerana melihat segala pahala diberikan kepada murid
-murid yang kita abaikan pendidikannya.

Selamat berusaha untuk menjadi guru yang berintegriti.

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/BEZA


Manusia berbeza pada pandangan  Allah kerana agamanya.
Manusia berbeza pada pandangan manusia juga kerana agamanya.

Oleh   itu didiklah anak-anak istimewa ini dengan didikan agama .
Kerana    meskipun istimewa   kehendak  rohani  mereka dan kita adalah serupa.

Ganjaran pahala yg besar disisi Allah kepada ibubapa,   guru-guru dan ppm  yg memberi
didikan  agama kepada mereka semua.

Jadikanlah. tugas mendidik sebagai satu ibadah yang boleh dibawa sebagai 
bekal di akhirat nanti.

Insyaallah 

 

Rabu, 9 Oktober 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/AKTIVITI SELEPAS UPSR

LAWATAN KE KIDZANIA DAN AKADEMI PENERBANGAN BATU BERENDAM





























BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/HATI

 Hati  adalah seketul daging yang ada dalam tubuh   manusia.
Ia tidak  kelihatan , namun tindakan manusia kesan daripada  
pengaruhnya    amat besar dalam seluruh kehidupan. 

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ SIAPALAH AKU...

Siapalah aku  tanpa mu
Kerana
Saban dinihari ,
Lenaku dikejutkan olehmu,.
Terus  memberi  ruang dan peluang,
berbisik , berbicara
merayu dan meminta .

Meskipun
siang mentari  aku adalah insan derhaka,
dan sentiasa alpa
dengan hebatnya dunia,


Siapalah aku.....
Hanya  seorang insan  biasa,
Yang boleh menaruh harap,
terlalu lemah tiada upaya,
Untuk mentafsirkan,
Segala amalan  diterima atau sebaliknya.

Siapalah aku....
Jika tiada keizinan mu ,
Kerana segalanya adalah milikmu,
Yang tidak kuketahui  detiknya  perlu kupulangkan semula.



BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/GURU

G-Golongan
U-Utama
R- Rujukan
U- Ummah

Petikan tazkirah daripada Ustaz.  Zawawi dari JAIM
Semoga kita menjadi guru yang  dijadikan rujukan murid dan
masyarakat.

Insyaallah.