Rabu, 31 Oktober 2018

BICARA YB/JEJARI KREATIF

Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.

Anak istimewa boleh melakukan banyak perkara
dengan baik andai dilatih dan dibantu.

Perkara utama yang guru perlu tekankan ialah
konsisten melatih.

Ke dua, jangan putus asa apabila mereka gagal atau
lambat menguasai. Teruskan mencuba.
Biar sampai dapat walaupun lambat.

Lihat contoh.



Salah satu hasil usaha murid dengan bantuan guru
telah berjaya mendatangkan pendapatan sampingan
untuk membantu apabila aktiviti memerlukan
belanja diperlukan.

PPKI SK Tambak Paya.

"Program Jejari Kreatif"

Tahniah.

Isnin, 29 Oktober 2018

BICARA YB/ AMANAH

Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.

Apabila mengajar di Program Pendidikan Khas Bermasalah Pmebelajaran,
sering kita berhadapan  dengan kelakuan anak-anak istimewa ini yang menguji
kesabaran.

Buang air besar dan air kecil di dalam seluar, memukul kawan, mencuri,
bermain di dalam bilik air, berlari keluar kelas sewaktu PnP dan sebagainya.
Ini adalah antara kerenah yang menguji kesabaran.

Apabila berhadapan dengan kes begini, andai tidak bersabar, pasti ada guru
 ataupun pembantu pengurusan murid yang "terlepas tangan",  memukul.

Namun, tidak kurang juga guru yang mampu tersenyum melayan kerenah
mereka ini.

Itulah yang dikatakan tahap kesabaran yang tinggi. Bukan semua guru atau
pembantu pengurusan murid boleh melakukannya.

Hanya yang memahami, bahawa murid-murid ini adalah amanah daripada
Allah sahaja yang boleh bersabar dan  melaksanakan tugas mereka dengan
penuh kasih sayang dan bertanggung jawab.

 Sabar datang daripada Allah. Marah datang daripada syaitan.
Mohonlah kepada Allah agar kita diberi kesabaran.

Insya Allah.



Khamis, 25 Oktober 2018

BICARA YB/DARI SYURGA KE SYURGA

Alhamdulillah. Dizinkan saya menulis.

Saya adalah bekas guru Pendidikan Khas.
Bersama anak-anak syurga ini lebih kurang 19 tahun lamanya.

Dalam jangkamasa yang begitu lama, berbagai kisah
pengalaman yang saya dengari daripada ibu bapa anak-anak
syurga tersebut. Semuanya masih segar di ingatan.


Namun, hari ini berlaianan pula. Bukan lagi saya mendengar
cerita, namun saya membaca sebuah buku yang membuatkan saya
tidak dapat menahan air mata.

Tajuk: Dari Syurga Ke Syurga.
Penulis: Siti Suhaila Samian.
Penerbit: Legacy.

Kisah pengalaman seorang ibu bergelut cabaran besar selama 7
tahun  menjaga  anak istimewa sehingga Allah menjemput anak
itu ke syurga.

Sedih! Sangat sedih!

Penulis berjaya membawa saya berada dalam situasi sebenar
dan melihat sendiri kesedihan dan kepanikan yang dilalui oleh
penulis dan suami setiap kali anak menderita diserang sawan.
Emosi saya bertukar ganti bersama dada berdebar-debar  sepanjang
membaca buku ini.

"Apa lagi yang akan terjadi?"

"Apa lagi selepas ini?"

Allahuakhbar. Bukan calang-calang  orang mampu lalui semua
yang dilalui oleh ibu ini.

Andai ada di antara kita sedang dilanda resah dengan
kerenah anak-anak, bacalah buku ini.

Akan datang rasa syukur kerana ada orang lain yang diuji
lebih berat daripada  yang kita lalui.

Sediakan tisu.
Bukan omong kosong sahabat.

Beli dan baca.


















Rabu, 10 Oktober 2018

BICARA YB/ SELINGAN

ALhamdulillah. Diizinkan saya menulis.

Murid yang menghadapi masalah pembelajaran mempunyai
tumpuan yang singkat.

Apabila menjalankan aktiviti pembelajaran guru perlu
menyediakan aktiviti selingan supaya mereka tidak merasa bosan.

Antara aktiviti yang sesuai adalah aktiviti pengasingan seperti
gambar di bawah.

Melalui aktiviti selingan ini murid akan memperolehi kemahiran
berikut:

1. Kemahiran mengira.
2. Kemahiran mengenal warna.
3. Kemahiran mengasingkan.
4. Kemahiran motor halus (menggerakkan jari memungut kayu kecil)
    Disamping kemahiran yang sepatutnya kita sedang mengajar.














Mengajar murid yang menghadapi masalah pembelajaran
menuntut kesabaran dan kesungguhan.

Banyakkan berdoa.
Semoga Allah permudahkan.