Menyelak kembali memori itu.
Emak mula mengajar mengaji sejak tahun 1957.
Bermakna telah 60 tahun tugas ini digalas.
Dengan penuh minat. Tidak mengenal penat.
Sehingga kini, jika hendak dibawa bercuti,
beliau akan memastikan jadual mengajinya berganti.
beliau akan memastikan jadual mengajinya berganti.
Hasilnya, 8 daripada 11 anak emak boleh mengajar
anak-anak sendiri mengaji.
anak-anak sendiri mengaji.
4 orang daripadanya telah menjadi guru mengaji.
Sebenarnya, emak sangat garang apabila mengajar mengaji.
Rotan tidak lepas ditangan.
Mulut tidak berhenti menegur.
"Menderas, menderas, menderas!"
(Maksudnya lancarkan bacaan)
"Jangan berbual!"
(Maksudnya lancarkan bacaan)
"Jangan berbual!"
Mungkin juga gerun melihatkan rotan emak
yang panjang menjulur.
yang panjang menjulur.
Selagi semua murid tidak selesai diajar, dia tidak
membenarkan seorangpun daripada mereka bangun
meninggalkan tempat mengaji masing-masing.
Memang lama. Hampir 2 jam baru selesai semua.
Tidak ada pula yang berani cakap mahu balik cepat.
Tidak ada juga ibu bapa yang bertanya .
"Mengapa lambat sangat?"
Pada hari persekolahan, kelas mengaji akan berlangsung
pada waktu petang dan malam.
Pada hari cuti pula, ia dilaksanakan pada sebelah pagi.
Murid mengaji emak sangat ramai.
Lebih daripada 20 orang setiap satu sesi.
Seingat saya seawal usia 10 tahun saya dan adik- adik
Lebih daripada 20 orang setiap satu sesi.
Seingat saya seawal usia 10 tahun saya dan adik- adik
telah khatam Al- Quran. Kami menggalas sama tanggungjawab
membantu emak mengajar mengaji.
Dengan izin Allah. Atas usaha emak, atas kesungguhan
anak murid beliau, dan keikhlasan ibu bapa menyerahkan
tanggungjawab mendidik kepada emak, ramai yang
telah khatam Quran di tangan emak.
tanggungjawab mendidik kepada emak, ramai yang
telah khatam Quran di tangan emak.
Ada juga yang telah menyambung tugas ini di dalam keluarga
dan tempat tinggal masing-masing.
Namun, saya amat yakin ada di antara mereka yang tidak
akan terlupa dengan penangan rotan daripada emak.
Sakitnya. Bercalar. Berbekas. Namun kini mereka telah berjaya.
Saya adalah di antaranya.
Manakala abah pula menjadi guru disiplin kepada kelas
mengaji emak. Mendisiplinkan anak-anak sendiri agar
tidak mencuri tulang untuk mengaji sama.
Abah akan naik angin andai emak mengadu tentang adik-adik.
Pernah sekali seorang daripada adik perempuan saya telah
dicampak oleh abah kedalam parit tempat emak membela itik,
kerana tidak mahu mengaji.
Parit itu tidaklah sedalam mana. Namun sangat kotor.
Pekat hitam airnya.
Pekat hitam airnya.
Hingga kini kami akan ketawa besar apabila mengimbas
kembali kenangan itu.
Masya Allah. Kelihatannya zalim.
Namun, kesannya. Jauh lebih baik daripada
yang dijangka.
yang dijangka.
7 daripada 8 orang anak adik saya ini telah bergelar hafiz
dan hafizah ketika belasan tahun.
Kini arwah abah sedang memetik hasil di alam sana.
Seorang demi seorang cucu dan cicit arwah mengkhatam
30 juzuk Al Quran, di dada dan mulut mereka.
Ada yang telah mengimamkan solat, juga ada yang sedang
menurunkan ilmu al Quran kepada anak Islam yang lain.
Yang masih tinggal kini ialah emak.
83 tahun usianya.
83 tahun usianya.
Teguh, kukuh semangat keguruannya.
Masih mengajar mengaji. tanpa kacamata.
"Menderas, menderas, menderas".
Perkataan 60 tahun yang lalu itu masih keluar daripada
bibir tuanya.
Mungkin selagi ada roh di jasadnya yang semakin
kurang bermaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan