Alhamdulillah.Diizinkan untukku menulis.
Semasa program Bulan Autisme di SMKAM
aku sempat bertemu rakan-rakan di PPKI.
Sedkit nasihat sempat kuberikan:
1. Buatlah yang terbaik untuk anak-anak
istimewa ini kerana kegembiraan mereka
adalah satu doa untuk kita.
2. Yakinlah bahawa anak-anak istimewa terutama
yang severe adalah bakal ahli syurga. Semoga usaha
kita yang sedikit dalam membantu mereka akan
dipandang oleh Allah dan menjadi asbab untuk kita
bersama mereka di syurga.
3. Jadikan aktiviti solat sebagai satu daripada aktiviti terapi
untuk mereka. Terutama yang mempunyai masalah
tingkahlaku.
4. Anak-anak istimewa yang solat lebih mudah dibentuk
tingkahlaku mereka berbanding yang tidak solat.
Namun aktiviti ini perlu dilaksanakan secara konsisten
setiap hari walaupun sebentar.
5. Banykkan berdoa untuk kejayaan mereka. Allah yang
menjadikan mereka begitu, tentulah hanya Allah yang boleh membantu
menyelesaikan segala masalah. Kita hanya perlu berusaha tanpa
mengenal putus asa.
Semoga memberi manfaat kepada kita semua yang bergelar
ibubapa dan guru anak-anak istimewa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan