Isnin, 25 April 2016

BICARA YB/BERKAT

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.












Berkat  mendidik anak-anak  istimewa Allah
memilihku untuk bercakap di dalam
program yang besar dan tidak pernah
termimpikan ini.

Jumaat, 22 April 2016

BICARA YB/ BERMULA

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

Dengan bermula memikirkan   cara untuk membantu,
melaksanakan segala yang diperlukan oleh anak-anak istimewa ini
menandakan kita telah mula menjadi seorang guru  Pendidikan Khas,
berbanding hanya melihat seolah-olah tidak perlu berbuat apa-apa.

Isnin, 18 April 2016

BICARA YB/LANGKAH PERTAMA

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

Luka hati yang berdarah itu adalah langkah pertama
dalam kita mendekati Allah.

Mengambil hikmah dari pengalaman lalu.

Ahad, 17 April 2016

BICARA YB/ AMANAH

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

Anak-anak istimewa adalalah amanah Allah.
Kepada ibu bapa, guru-guru dan sesiapa sahaja
yang terlibat dengan anak-anak ini jangan ambil
mudah didalam mendidik mereka.

BICARA YB/KENANGAN DAN ANGAN-ANGAN

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

Kenangan...
Kisah yang telah lama berlalu,
Usah   diimbau
Mengganggu fikiran,
Menghalang kegembiraan.

Angan-angan...
Harapan di masa hadapan,
Usah terlalu diimpikan,
Jika tidak tertunai,
Merosak perasaan.

Fahamilah...
Kenangan pahit... pasti ada hikmah.
Harapan bahagia... kepada Allah kita meminta.

BICARA YB/ GILIRAN

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

Sedang aku bersama seorang rakan menunggu giliran untuk  bertemu
doktor di sebuah klinik kerajaan  mata kami  tertumpu kearah
seorang wanita berusia  awal 50an yang sedang ditolak di atas 
sebuah kerusi roda.

Aku bersuara.

"Semoga kita tidak melalui saat sedemikian."

Tiba-tiba  rakanku menjawab.

"Kita sedang menunggu giliran"

Tersentak  aku sebentar mendengar kenyataan itu
Saat itu aku menyedari.

Ya ,, tidak mustahil jika Allah ingin menguji dan mengampuni.

Sebenarnya kita sendiri  tidak mengetahui   tentang nasib kita  
disaat mendatang. Sentiasalah mohon perlindungan  dan 
hidayah daripadaNYA

BICARA YB/Allahuakhbar

Alhamdulillah. Diizinkan  untukku menulis.

Allahuakhbar. Allah Maha Besar.
Yang membangkitkan  jiwa-jiwa yang hidup saban dinihari
untuk memohon keampunananNYA.
Semoga kita menjadi salah seorang daripada  mereka.

Sabtu, 16 April 2016

BICARA YB/ PENANTIAN

Ahamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

Penantian satu penyiksaan. Pun begitu
perlu yakin ia juga adalah satu bentuk
ujian untuk  menguji keimanan.

BICARA YB/ADA KETIKANYA

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

Ada ketikanya kita merasakan  sudah  tidak perlukan
 apa-apa lagi selain yang telah ada.

Bukan kecewa, namun  baru kita terasa diri telah terpedaya.

Jumaat, 15 April 2016

BICARA YB/ NASIHAT

Alhamdulillah.Diizinkan untukku menulis.

Semasa program Bulan Autisme di SMKAM
aku sempat bertemu rakan-rakan di PPKI.

Sedkit nasihat sempat kuberikan:

1. Buatlah yang terbaik untuk anak-anak
    istimewa ini kerana kegembiraan mereka
    adalah satu doa untuk kita.

2. Yakinlah bahawa anak-anak istimewa terutama
    yang severe adalah bakal ahli syurga. Semoga usaha
    kita yang sedikit dalam membantu mereka  akan
    dipandang oleh Allah dan menjadi asbab untuk kita
    bersama mereka di syurga.

3. Jadikan aktiviti solat sebagai satu daripada  aktiviti terapi
    untuk mereka. Terutama yang mempunyai masalah
    tingkahlaku.

4. Anak-anak istimewa yang solat lebih mudah dibentuk
    tingkahlaku mereka berbanding yang tidak solat.
    Namun aktiviti ini perlu dilaksanakan secara konsisten
    setiap hari walaupun sebentar.

5. Banykkan berdoa untuk kejayaan mereka. Allah yang
     menjadikan mereka begitu, tentulah  hanya Allah yang boleh membantu
     menyelesaikan segala masalah. Kita hanya perlu berusaha tanpa
     mengenal putus asa.

    Semoga memberi manfaat kepada kita semua yang bergelar
     ibubapa dan guru anak-anak istimewa.

BICARA YB/BERSARA/BERSERI

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

Setiap kali bertemu rakan-rakan pasti akan terdengar usikan.

"Dah bersara. berseri-seri."

"Alhamdulillah" Jawapan kuberi.

Geli juga hati ini. Adakah mereka betul-betul ikhlas
atau sengaja mengusik.

Hati berkata-kata.
Mana mungkin usia yang  semakin lanjut, menampakkan seri.

Pun begitu aku mengakui   dua perkara yang
kualami selepas bersara:

1. Bangun awal pagi sepertimana biasa dengan
     aktiviti yang berbagai, namun hati gembira.
   
2. Semangat belajar dan mengajar semakin memuncak  
     sehingga waktu rehat juga terlupa.

    Bila difikirkan kembali aku makin yakin
    dengan ayat ini:

   "Tidak akan menyesal orang yang  istikharah"
   
    Persoalan juga sudah  terjawab mengapa Allah
    menggerakkan hati untukku bersara walaupun
    waktu yang sepatutnya belum tiba.
   
     Alhamdulillah.


     

Jumaat, 8 April 2016

BICARA YB/CERAMAH

Alhamdulliah. Diizinkan untukku menulis.

Ceramah sempena bulan Autisme
Bersama Seameo Sen.

Tempaf: IPK Bukit Beruang
Tarikh: 7 April 2016
Waktu: 9.30-1.30
Turut sama: Dr Koay  dari Seameo Sen
                        En Md Aziz Lani KU Pend Khas
                        Puan Safinaz Yusof guru SK Dato
                        Demang Hussin

Harapan hati semoga perkongsian menjadi  sebagai
ilmu yang bermanfaat.

Sedikit gambar kenangan