Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.
Masa memintas terlalu laju. Adakalanya aku
terpaku. Buntu.
Saat-saat yang berlalu hambar tanpa amal.
Merenung kehadapan , berdebar di hati.
Tangan masih kosong . Tiada bekalan yang
sepatutnya dibawa tatkala bertemuNYA nanti.
Sabtu, 31 Oktober 2015
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ MERAGUI
Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.
Adakalanya kita meragui pemurahnya Allah yang
sentiasa memberi.
.
Sehingga kita takut untuk memberi dan menggenggam
erat setiap yang ada ditangan. Khuatir tidak
akan diganti.
Adakalanya kita meragui pemurahnya Allah yang
sentiasa memberi.
.
Sehingga kita takut untuk memberi dan menggenggam
erat setiap yang ada ditangan. Khuatir tidak
akan diganti.
Sabtu, 24 Oktober 2015
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ DUKACITA
Alhamdululillah. Diizinkan untukku menulis.
Amalan yang amat sukar untukku laksanakan.
Kerap kecundang dalam pertarungan nafsu. Gagal
mengawal lisan.
Entah berapa ramai insan yang
telah terluka hati akibat lisan yang tidak terjaga.
Harap diri ini dapat dimaafkan. Semuga mendapat juga
keampunan Yang Esa.

Selasa, 20 Oktober 2015
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/PENGORBANAN
Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.
Untuk mendapatkan ganjaran pahala daripada Allah perlukan
PENGORBANAN.
PENGORBANAN perasaan untuk tidak bersangka
Ampunilah kami semua Ya Allah.
Sabtu, 17 Oktober 2015
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/PETUA
Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.
Pengurusan tingkahlaku terhadap murid istimewa dianggap
berjaya apabila mereka mampu meninggalkan tingkahlaku
negatif dan mengamalkan tingkahlaku yang positif.
Kejayaan hanya akan dicapai jika guru dapat merancang
aktiviti serta menyediakan bahan bantu yang menarik minat murid.
Melalui aktiviti yang konsisten beserta bahan bantu menarik,
akan membantu murid meninggalkan tingkahlaku negatif dan
Mengamalkan tingkahlaku yang sepatutnya.
Masa yang diperlukan untuk mereka berubah bergantung
kepada beberapa faktor:
akan membantu murid meninggalkan tingkahlaku negatif dan
Mengamalkan tingkahlaku yang sepatutnya.
Masa yang diperlukan untuk mereka berubah bergantung
kepada beberapa faktor:
1. Tahap masalah yang dihadapi oleh murid sendiri.
2. Kesungguhan guru.
3. Kesediaan murid
4. Keberkesanan teknik PdP.
5.Kesesuaian dan keberkesanan BBM yang digunakan.
6. Kerjasama ibubapa untuk membuat kesinambungan
di rumah.
7. Bantuan daripada Pusat Perkhimatan atau Doktor.
8. Keizinan Allah.
Banyakkan doa. Insya Allah berjaya.
Menulis petua berdasar pengalaman.
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/PETUA
Alhamdulillah. Diizinkan Allah untukku menulis.
Allah yang memberi kejayaan ke atas setiap sesuatu
yang kita lakukan.
Hakikatnya DIA boleh memberi segala yang kita hajati
tanpa kita berusaha dan meminta.
tanpa kita berusaha dan meminta.
Namun sebagai TUAN, DIA ingin melihat sejauhmana
hambaNYA berperanan.
Oleh itu jika ingin melihat kejayaan dalam
pengurusan tingkah laku anak-anak istimewa
giatkan usaha dan banyakkan doa.
Segala kekusutan adalah daripadaNYA.
Dia yang lebih layak untuk meleraikan.
Doa. Usaha. Doa. Tawakkal.
Insya Allah akan berjaya.
Menulis petua berdasarkan pengalaman.
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ PETUA
Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.
Tahap kesbaran yang tinggi amat perlu
dalam mengurus tingkahlaku negatif anak-anak
istimewa.
Seringkali kita kecundang dalam menahan
Kesabaran sehingga menyakiti mereka.
Pun begitu, tanamkan pohon kesal dalam hati.
Bisikkanlan ketelinga mereka permohonan maaf dengan
penuh keikhlasan meskipun mereka tidak memahami,
kerana yang menciptakan mereka lebih mengetahui.
Insya Allah hati akan jadi lebih tenang dan
terus bersemangat untuk menguruskan
mereka.
Menulis petua berdasarkan pengalaman.
Dengan keizinanNYA juga.

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/JIKA INGIN
Alhamdulillah. Dizinkan untukku menulis.
Jika ingin keredhaan.
Harapkanlah keredhaan Allah.
Jika ingin kasih sayang
Harapkanlah kasih sayang Allah
Jika ingin keizinan
Harapkanlah keizinan Allah,
Jika inginkan keampunan,
Harapkanlah keampunan Allah,
Jika ingin kerahmatan,
Harapkanlah rahmat Allah.
Pautkanlah segala harapan kepada Allah.
Kerana Allah tidak pernah menepis pautan
harap dari hamba-hambanya.
Insya Allah
Rabu, 14 Oktober 2015
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/NASIHAT
Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.
Salam maal hijrah
Seorang bapa saudara suamiku datang menziarahi
Ibu mertua. Nasihatnya kepadaku bersungguh-sungguh.
"Kita kena selalu buat solat hajat, minta Allah bagi kita
mudah masa nak mati".
Aku mengangguk tanda memahami.
Katanya lagi.
"Dalam kubur kita sorang-sorang. Gelap.
Tidak ada siapa nak tolong. Banyakkan doa,
Banyakkan amal"
Berulang kali nasihat diulangi. Airmatanya
berlinangan dipipi.
Subhanallah. Satu peringatan kepadaku yang
selalu alpa.
"Terima kasih Pak Andak"
Salam maal hijrah
Khamis, 8 Oktober 2015
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ PEMIMPIN
Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.
"Sebagai pemimpin kita perlu menyayangi
orang yang dipimpin, meskipun perasaan mereka
kepada kita adalah sebaliknya".
Petikan ucapan Tuan Hj Roslan
Ketua Sektor Psikologi Bimbingan Dan Kauseling
JPNM.
"Pandangan kita serupa Tuan"
Ahad, 4 Oktober 2015
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ SUNNAH
Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.
Seorang pegawai daripada PPD datang memantau sekolah.
Melihat kesungguhanku mengajaknya minum dia
bertanya.
"Mengapa Hjh beria-ia sangat menyuruh saya minum
apabila saya datang ke sekolah walaupun kedatangan
yang sebentar?"
"Rasulullah S.A.W. suka melayan dan memuliakan tetamu.
Bagi saya, bagaimana saya melayan tetamu di rumah,
begitulah juga disekolah."
"Semoga Allah terima sebagai pahala kerana mengamalkan
satu daripada sunnah Nabi Muhammad S.A.W ". Jawabku
Dia tersenyum dan mula memahami.
PadaMU Ku berserah.
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ MUHASABAH DIRI
Mengapa...
Pemergian itu seperti tidak mereka rasakan?
Pemergian itu seperti tidak mereka sedihkan?
Tidakkah ada rasa keinsafan?
Tidakkah ada rasa ketakutan?
Bila kita tiba giliran?
Seorang diri bertemu Tuhan?
Ya Allah . Ampuni dosa kami semua.
Khamis, 1 Oktober 2015
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ BERSARA
Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.
Betapa agongnya kuasaMU yang Allah.
Mendamparkan hambanya di pulau bahagia
setelah berhempas pulas melawan ombak
dan badai sebagai seorang pendidik.
Selamat bersara.
Puan Hjh Azizah Jakiriah. Guru Besar SKBB

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/PESAN HATI
Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.
Sebuah buku yang amat berharga buatku.
Terima kasih kepada rakan-rakan yang menghadiahi.
Buku tulisan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
Antara isi yang menarik didalamnya.
Jangan dibiarkan hati itu terus-terusan sepi daripada
peringatan. Bawalah hati itu ke majlis pengajian,
halakah zikir dan perhimpunan alim ulama.
Kita buat baik bukan kerana kita sudah menjadi
orang yang baik, tetapi itulah usaha kita untuk
menjadi orang yang baik.

Langgan:
Catatan (Atom)