Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.
Nasihat untuk seseorang awal pagi tadi.
"Hidup ini adalah kenyataan dan bukan angan-angan.
Jika ingin mencapai sesuatu perlu ada kesungguhan.
Masalah perlu diselesaikan satu persatu.
Jika tidak ia akan menjadi lebih menyulitkan.
Kita adalah hamba.
Kita ada DIA tempat meminta.
Jangan biarkan cita-cita terlepas begitu sahaja.
Tanpa doa , usaha dan tawakkal kepadaNYA".
Selasa, 23 Disember 2014
Rabu, 17 Disember 2014
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/KENANGAN
Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.
Seorang rakan bertegang leher denganku
menafikan kesalahannya yang telah kubuktikan
sebagai menunjukkan dia berkata benar.
Terdetik rasa simpati kepadanya. Hanya
kerana ingin dilihat sebagai yang betul dan aku
tersilap dia telah lupa tentang Allah MAHA MELIHAT
yang sentiasa mengawasi dan mengadili di hari.akhirat.
Tidak jatuh maruah seseorang apabila mengakui kesilapan.
Malahan amat dikasihi tuhan.

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ KISAH SEMALAM
Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.
Kisah lewat petang semalam adalah satu pengajaran :
Apabila terdesak manusia sanggup melakukan
apa sahaja meskipun kelihatan menjatuhkan maruah
diri sendiri.
Hakikatnya manusia itu sedang diuji. Kita pula
jangan rasa angkuh melihat orang lain tewas
dalam ujian, kerana yang diuji dan yang sedang
melihat juga diuji supaya bermuhasabah diri.

Langgan:
Catatan (Atom)